Sihat

Patutlah Rambut Asyik Rosak & Bercabang, Rupanya Ini Punca Utama…

2
SHARES
punca rambut rosak

“Arghh! Apa punca rambut rosak ya..”

Masalah rambut rosak boleh berlaku kepada siapa sahaja tanpa mengira jantina. Rambut rosak sememangnya boleh mengganggu keyakinan diri untuk berjumpa orang kerana akan membuatkan penampilan kurang menyerlah.

Biasanya, masalah rambut rosak boleh dirawat dengan beberapa cara tetapi sebelum itu, anda kena tahu 10 punca rambut rosak yang ramai terlepas pandang dan selalu buat. Alamak!

Baca juga: Petua Kecantikan Kulit Guna Beras Macam Nenek Selalu Buat, Barulah Lawa!

PUNCA RAMBUT ROSAK YANG RAMAI SELALU BUAT, ALAMAK!

punca rambut rosak

1. PEMAKANAN

Pastikan mengambil makanan yang mengandungi zink, zat besi dan asid folik. Protein dan antioksidan yang mencukupi juga boleh memastikan rambut bebas daripada kerosakan.

2. KEKERINGAN 

Rambut kering yang luar biasa menjadi salah satu punca rambut rosak. Semasa mencuci rambut, jangan gunakan air panas kerana ia boleh menyebabkan kulit kepala kekeringan.

Jika hujung rambut kering, pastikan syampu kulit kepala dengan betul dan jangan sesekali terlupa memakai pelembut rambut untuk kekal lembut dan tidak rosak.

3. HABA  

Penggunaan pengering rambut, flat iron dan curling iron memerlukan haba yang tinggi untuk mendapatkan hasil lumayan. Jika penggunaan alatan tersebut terlalu banyak, ini akan menyebabkan rambut rosak akibat haba yang terlalu tinggi.

Untuk mengurangkan kerosakan rambut di sebabkan oleh haba, anda dinasihatkan untuk membeli alatan versi seramik supaya haba lebih sekata.

4. KERAP CUCI RAMBUT 

Jika kulit kepala berminyak, berkemungkinan besar mempunyai pengeluaran sebum (minyak semula jadi) yang berlebihan di kulit kepala. Perkara ini menyebabkan anda tidak selesa dan memilih untuk mencuci rambut lebih daripada yang disyorkan.

Kerap mencuci rambut akan mengakibatkan rambut rosak dan kering. Sebenarnya, rambut rosak hanya memerlukan cucian sebanyak dua kali seminggu sahaja. Jangan lebih-lebih!

5. TEKNIK PENGERINGAN YANG SALAH 

Bila keluar bilik mandi, secara automatik akan menggosok kulit kepada menggunakan tuala. Perbuatan itu adalah salah kerana boleh menyebabkan rambut rosak.

Lebih baik sekiranya biarkan tuala di atas kepala untuk menyerap air daripada menggosok kulit kepala.

punca rambut rosak

6. KURANG TRIM RAMBUT

Ini juga merupakan salah satu punca rambut rosak kerana membiarkan rambut bercabang tidak dipotong sehingga menyebabkan ia rosak.

7. IKAT RAMBUT TERLALU KETAT 

Ikat rambut terlalu ketat bukan sahaja boleh memeningkan kepala malah boleh menyebabkan rambut patah. Jangan ikat rambut terlalu ketat kerana boleh memecahkan rambut daripada akar.

8. MASALAH PEMAKANAN 

Kekurangan zat makanan boleh mengganggu kitaran semula jadi pertumbuhan rambut. Gangguan ini boleh menyebabkan rambut rosak dan putus semasa fasa pertumbuhan kitaran rambut, yang dipanggil anagen.

9. STRES

Stres yang melampau boleh menyebabkan kerosakan pada rambut dan keadaan ini dipanggil telogen effluvium. Tekanan yang teruk boleh menyebabkan akar rambut mencapai tahap rehat kitaran pertumbuhan.

10. MEWARNA RAMBUT

Mewarna rambut sememangnya nampak cantik tetapi ia akan menyebabkan rambut rosak kerana terdedah dengan bahan kimia yang menjejaskan batang rambut.

Untuk mengelakkan kerosakan rambut, boleh cuba tips di bawah:

  • Basuh dan bersihkan rambut setiap hari tetapi perlahan-lahan.
  • Gunakan set syampu dan conditioner.
  • Cuba biarkan rambut kering sendiri tanpa menggunakan pengering.

Sumber: Mayo Clinic & Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×