Sihat

Cara Beritahu Doktor Masalah Kesihatan Dengan Betul, Baru Mudah Faham

36
SHARES

Bila demam, sakit kepala dan selsema, jalan penyelesaiannya sudah tentu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan pakar daripada doktor. Pasti pelbagai soalan daripada doktor untuk memastikan punca dan ubat yang diberikan sesuai dengan kesihatan pesakit tersebut.

Untuk memudahkan dan memastikan doktor faham dengan masalah kesihatan yang dihadapi, anda boleh cuba cara di bawah untuk beritahu doktor masalah kesihatan anda.

Baca juga: Betul Ke Bawang Merah Boleh Guna Untuk Rawat Masalah Lelaki, Darah Tinggi & Strok?

CARA BERITAHU DOKTOR MASALAH KESIHATAN DENGAN BETUL

Tahukah anda, bagaimana kita beritahu masalah kesihatan kita pada doktor, boleh mempengaruhi kefahaman doktor tentang sakit anda. Jadi, saya nak ajar bagaimana nak buat doktor mudah faham dan jimat masa. Ikuti perkongsian di bawah:

1. Beritahu simptom ikut kronologi (aturan masa). Simptom apa datang dulu, beritahu paling awal.

Contoh: “Saya mula demam 3 hari lepas. Hari kedua mula selsema. Hari ini pula dah sakit tekak” 

“Saya gatal satu badan. Mula² ruam dekat badan, kemudian naik ke tangan dan kaki.”

2. Beritahu simptom ikut aturan atas ke bawah (head to toe)

Contoh:  “Saya selsema, sakit tekak & batuk” 

(Kepala-hidung-tekak-paru-paru)

“Saya pening, muntah, memulas, cirit-birit”

(Kepala-mulut-perut-usus)

3. Beritahu simptom ikut sistem organ. Ini kalau simptomnya banyak sangat.

Contoh:

“Saya selsema, sakit tekak & batuk (berkaitan pernafasan). Badan dan sendi pun sakit (berkaitan tubuh). Lepas tu ada juga loya, memulas dan cirit (berkaitan penghadaman).”

4. Kalau 2-3 ahli keluarga sakit, selesaikan satu-satu. Jangan beritahu simptom semua orang serentak.

Contoh: “Ali, demam & selsema”. Biar doktor periksa Ali

“Abu, sakit tekak & batuk”. Biar doktor periksa Abu

Jangan: “Ali, demam & selsema. Abu, sakit tekak & batuk, Ahmad muntah”

5. Kalau mampu, gabungkan semua aturan tadi dan beri maklumat lebih terperinci. (Kalau tak mampu, tak apa)

Contoh: “Saya sakit dah 3 hari,”

Hari pertama saya selsema, hingus jernih. Hari kedua, mula batuk, kahak dan hingus dah hijau. Hari ni mula demam, dan sakit-sakit badan.

Tanda kencing manis

Jika ada penyakit kronik seperti asma,kencing manis, darah tinggi serta alahan, jangan lupa beritahu doktor. Penting tu supaya doktor tahu punca sebenar.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×