Cantik

Stres Kulit Berjerawat Tiap Masa? Check Balik 5 Barang Harian Ini, Mungkin Ini Puncanya!

17
SHARES
kulit berjerawat

Paling menyakitkan hati apabila muka asyik naik jerawat walaupun tak pernah melangkau satu pun rutin penjagaannya. Malah, setiap kali kulit berjerawat, ramai yang terus mencuba membeli pelbagai produk untuk meredakannya namun masih gagal. Bawa bertenang, sebenarnya ada punca lain mengapa kulit berjerawat walaupun anda telah berhempas pulas menjaganya.

Untuk pengetahuan anda, selain hormon dan pemakanan, ada punca lain kulit muka berjerawat. Barang harian boleh menyebabkan kulit berjerawat tanpa kita semua sedari. Tapi apa yang kita kerap salahkan adalah produk muka yang tidak berkesan. Jadi, jom ikuti penulis berkaitan 5 barang harian yang menyebabkan kulit berjerawat tanpa disedari!

Baca juga: Emosi Tak Menentu Bila Tumbuh Jerawat, Cuba Guna 4 Bahan Ini, Seminggu Terus Hilang Jerawat!

5 BARANG HARIAN PENYEBAB KULIT BERJERAWAT

1. BANTAL

kulit berjerawat

Untuk pengetahuan anda, bantal dan sarungnya paling senang dihinggapi bakteria. Jadi, apabila anda kerap tidur dan baring, maka lama-kelamaan muka mula timbul jerawat.

Oleh itu, apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan bantal dan sarungnya menjadi punca kulit berjerawat adalah anda perlu kerap mencuci kedua-dua barang ini.

2. TELEFON PINTAR

kulit berjerawat

Semua orang memegang telefon bimbit setiap masa dan ini membuatkan bakteria yang ada pada skrin telefon berpindah ke tangan. Seterusnya, tangan yang sama juga menyentuh kulit muka. Inilah penyebab bakteria mudah menghinggap ke muka akibat sentuhan bermula daripada telefon bimbit. Kesannya, kulit muka berjerawat walaupun telah mencucinya berulang kali.

Justeru itu, anda perlu sentiasa lap telefon bimbit dengan tisu antibakteria untuk mengelakkan bakteria berpindah ke muka dan seterusnya menghasilkan jerawat.

3. BERUS SOLEKAN

kulit berjerawat

Kalau nak tahu, berus solekan yang tak dicuci dan dibersihkan dengan betul boleh menyumbat liang-liang wajah anda dengan kotoran. Tambah lagi, jika anda jenis yang bersolek hari-hari menggunakan berus solekan maka potensi untuk kulit berjerawat adalah tinggi!

Oleh itu, pastikan berus solekan dicuci dengan kaedah yang sebetulnya supaya ia tidak menjadi penyebab kulit muka anda bejerawat.

4. CERMIN MATA

kulit berjerawat

Cermin mata juga boleh menjadi punca kulit berjerawat. Ini kerana bingkai cermin mata selalu bersilang dengan kulit muka anda. Bingkai cermin mata yang kotor dengan minyak dan baki solekan sebenarnya punca objek ini menyebabkan kulit muka anda berjerawat! Oleh itu, penting untuk kerap bersihkan cermin mata anda kalau nak elak dari kulit berjerawat!

5. TOPI KELEDAR

Mesti tak sangka kan topi keledar yang selama ini dipakai setiap hari boleh menjadi penyebab kulit berjerawat? Ini kerana terdapat bakteria yang melekat pada topi keledar apabila anda berpeluh lantas menyebabkan wajah mula ditembuhi jerawat! Oleh itu, jangan lupa untuk bersihkan topi keledar anda.

Jadi dah tahu kan punca kulit berjerawat walaupun anda telah mencucinya berulang kali? Pastikan anda kerap mencuci semua barang harian di atas supaya jerawat tidak lagi muncul di muka. Semoga bermanfaat!

Sumber: Santai Sini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×