Cantik

Skincare Terbaru Ini Viral Lagi. Ini Review Jujur Penulis Lepas 3 Minggu Menggunakan Koolit™!

2.4K
SHARES

Baru-baru ini viral di media sosial tentang satu produk penjagaan kulit terbaru yang laris sakan di pasaran. Pada mulanya risau nak cuba kerana kulit saya sensitif. Tapi lepas membaca review pengguna di Twitter, saya beranikan diri untuk membeli dan cuba sendiri produk ini untuk 3 minggu secara konsisten.

Untuk pengetahun anda, produk yang dimaksudkan ialah Koolit™. Produk ini mempunyai tiga pilihan iaitu Koolit™ Soothing Lotion, Koolit™ Calming Cream dan Koolit™ Gentle Body Wash. Nak tahu macam mana pengalaman saya selepas menggunakan Koolit™? Baca artikel ini sampai habis ya!

Ini masalah kulit saya

Sebenarnya sejak zaman sekolah, saya mempunyai masalah kulit kering, sensitif dan mudah berjerawat. Kesemua masalah ini boleh membuatkan saya tertekan.

Mana taknya, sebelum ini nak beli baju pun terpaksa cari kain jenis ‘cotton‘ sebab kulit tak sesuai dengan jenis fabrik lain. Bab skincare pula memang struggle nak mencari produk yang sesuai. Kalau tersalah pilih, mesti jadi lebih teruk.

Bila waktu malam pula, saya kerap menggaru sewaktu tidur dan biasanya memang tak sedar langsung. Tahu-tahu bangun pagi kulit dah pedih dan ada bekas luka. Paling sedih, kulit saya berparut.

Bercakap bab rawatan, sejujurnya dulu memang saya tak ambil kisah sangat tentang penjagaan kulit kerana tiada siapa tegur. Tapi sejak masuk universiti, keyakinan diri saya mula hilang kerana awan-kawan dah pandang lain macam.

Sejak itulah saya mula belajar tentang penjagaan kulit hinggalah dah bekerjaya macam sekarang. Nak tahu produk Koolit™ berkesan atau tak untuk saya? Berikut adalah review saya sendiri dari minggu 1 hingga ke minggu 3.

Minggu 1: Kulit dah tak kering lagi

Sebenarnya saya tak perlukan satu minggu penuh pun untuk nampak kesan ketara. Memandangkan saya seorang yang tak sabar nak tengok hasil akhir, kesan positif pada sapuan pertama Koolit™ Soothing Lotion dah cukup buat saya gembira.

Apa yang saya suka tentang produk ini ialah losyennya sangat cepat menyerap ke dalam kulit. Sebagai lelaki, ini membuatkan saya lebih rajin nak menggunakan losyen kerana tak perlukan masa yang lama untuk tunggu ia betul-betul menyerap sempurna di kulit.

Lebih menarik, losyen ini merupakan losyen pertama saya guna yang langsung tak berminyak dan melekit. Jadi, memang tidak ada isu pakaian kotor sebab terkena losyen. Paling best, kulit saya kekal lembap dalam tempoh yang sangat lama.

Bukti paling ketara yang saya nampak ialah apabila saya memandu kereta. Sebelum ini, bahagian tangan saya akan lebih cepat kering dan ada kalanya menggelupas apabila terdedah dengan aircond.

Sekarang, masalah itu tidak lagi saya alami walaupun terpaksa memandu berjam-jam lamanya di jalan yang sesak dengan aircond kereta terpasang.

Minggu 2: Gatal-gatal kulit 99% hilang!

Sebenarnya, kegatalan pada kulit saya tidaklah teruk. Tapi, ada waktu ia agak merimaskan. Paling stress, kalau saya dah mula tergaru-garu sepanjang hari dan kulit yang kemerahan bekas menggaru tadi menjadi pedih. Keadaan ini tentu buat saya rasa tak selesa terutamanya di tempat kerja.

Apa yang menakjubkan, selepas 2 minggu menggunakan losyen Koolit™ saya mula perasan kulit saya tidak lagi gatal-gatal seperti dulu. Walaupun rasa gatal tu bukanlah 100% hilang, tapi saya sangat yakin terlalu banyak perubahannya. Paling seronok, apabila kawan-kawan di pejabat pun ada cakap saya nampak lebih relaks dan happy!

Tips: Buat masa sekarang saya akan bawa losyen Koolit™ ke mana saja sebab senang nak sapu apabila kulit mula rasa gatal dan tak selesa. Lagipun sekarang kita banyak guna sanitizer, jadi losyen ini membantu mengelakkan kulit tangan jadi kering.

Minggu 3: Jerawat di muka pun berkurangan

Saya tak tahu sama ada produk ini memang ada rumusan khas yang boleh membantu mengurangkan masalah jerawat atau tidak. Tapi apa yang pasti, ia berkesan untuk kulit saya. Kalau nak claim jerawat dekat muka saya ini dah sembuh sepenuhnya lepas guna Koolit™, memang tipulah sebab masalah jerawat tu masih ada.

Cuma apa yang saya dapat kongsikan, kesan positif pada minggu ketiga penggunaan Koolit™ nampaknya sangat membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat. Kalau dulu setiap minggu mesti ada jerawat baru yang tumbuh dan meninggalkan kesan parut di muka, tapi pada minggu ketiga sudah tiada. Parut pun macam dah berkurang!

Bagi yang belum tahu, produk Koolit™ memang boleh digunakan di seluruh badan termasuk kulit wajah. Sebagai lelaki, saya rasa produk ini sesuai dijadikan skincare kerana ianya sangat mudah! Setakat hari ini, rutin penjagaan kulit saya senang saja. Saya guna Koolit™ Gentle Body Wash sebagai pencuci muka dan Koolit™ Calming Cream sebagai pelembap.

Mandian Koolit™ Gentle Body Wash pula jenis tak berbuih. So, kalau anda guna untuk mencuci muka confirm kulit akan rasa lembap dan lembut. Setakat ini, saya juga perasan masalah kulit berminyak pun dah berkurang. Mungkin ini antara sebab jerawat pada muka saya tak muncul.

Anda juga patut cuba!

Okay guys, itu sajalah review yang saya dapat kongsikan tentang produk Koolit™ sepanjang 3 minggu penggunaan ini. Doakan kulit saya semakin sihat dan terus terjaga. Alang-alang sesuai dengan kulit, saya bertekad untuk terus menggunakan produk Koolit™.

Saya sarankan anda untuk cuba produk ini sendiri. Jujur saya katakan setakat ini memang banyak efek positif pada kulit dan saya yakin jika anda gunakan secara konsisten, masalah kulit anda pun boleh selesai.

Bagi yang tertanya-tanya di mana boleh dapatkan produk viral ini, anda boleh cari di Watsons. Tapi, kalau anda tak berkesempatan nak keluar, anda boleh order terus secara online di laman sesawang Watsons.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×