Famili

Beli Telefon Bimbit Murah Online, Bila Buka Dapat Sebungkus Garam

18
SHARES

Seorang wanita di Indonesia tertipu apabila membeli telefon bimbit murah secara online tetapi lain pula yang diterimanya iaitu sebungkus garam.

Klip video tersebut tular di media sosial Indonesia dan sudah tentunya menerima pelbagai respon warganet dan wanita tersebut turut terkejut ketika melihat barang berkenaan.

Baca juga: Pengantin Dipuji Minta Mas Kahwin Hanya RM73 Walaupun Miliki Rupa Paras Jelita

BELI TELEFON BIMBIT MURAH ONLINE, BILA BUKA DAPAT GARAM

Wanita tersebut curiga dengan barang yang diterima kerana telefon bimbit tersebut sangat murah. Penghantar barang itu membuka bungkusan menggunakan pisau seperti yang disuruh oleh wanita itu.

“Saya takut ia mengandungi sabun atau sebagainya. Kalau tipu saya akan pulangkan dan video ini saya hantar kepada penjual,” katanya.

Penghantar barang itu terkejut apabila barang dalam bungkusan itu ternyata hanya sepeket garam. Wanita berkenaan bertindak meminta bungkusan itu dikembalikan.

Tidak lama kemudian, penghantar barang itu terkejut setelah mengeluarkan sepeket garam dapur daripada bungkusan itu. Wanita itu kemudian meminta bungkusan itu dikembalikan.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen dan menyifatkan tindakan wanita itu tidak masuk akal kerana harga telefon itu sangat murah. Iklan telefon bimbit berkenaan menyebut harganya cuma 350,000 rupiah (RM104)

Sumber: Suara.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×