Famili

Pengantin Dipuji Minta Mas Kahwin Hanya RM73 Walaupun Miliki Rupa Paras Jelita

75
SHARES

Sebuah majlis perkahwinan di Palembang, Indonesia tular dan menarik perhatian netizen apabila mas kahwin pengantin perempuan yang memiliki rupa paras jelita hanya 250,000 rupiah (RM73) sahaja.

Menerusi portal Wolipop, masjlis perkahwinan tersebut dimuat naik di media sosial dan menunjukkan pengantin perempuan, Oliavia Nansin dan suaminya, Rahmad Wijaya memakai busana serba putih.

Baca juga: Pengantin Baharu Terima Barang Kemas, Hadiah Daripada Setiap Tetamu

PENGANTIN DIPUJI MINTA MAS KAHWIN HANYA RM73

Setelah selesai proses akad nikah, kedua-duanya memegang wang kertas mas kahwin bernilai RM73 sebagai bukti penerimaan dengan raut wajah gembira.

Olivia berkata, majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana ringkas dan mendahulukan perkara yang wajib sahaja. Tiada tema atau konsep, apa yang penting majlisnya sah serta berjalan lancar.

“Ini baru cinta sejati, wajah persis bidadari namun, mas kahwinnya tidak membebankan suami dan tidak merendahkan si isteri,” komen seorang pengguna media sosial.

Sumber: Wolipop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×