Satu majlis perkahwinan di Bach Ninh, Vietnam viral dan menarik perhatian ramai kerana penampilan luar biasa kedua-dua pengantin. Bagaikan pasangan bangsawan, kedua-duanya tampil memakai berpuluh-puluh barang kemas di anggota badan.
Menurut rakan keluarga tersebut, semua perhiasan itu dihadiahkan oleh tetamu yang terdiri daripada kerabat diraja yang kaya-raya.
Baca juga: Kucing Pun Ada Majlis Perkahwinan Tau, Siap Ada Kad Undangan Tetamu!
PENGANTIN BAHARU TERIMA BARANG KEMAS, HADIAH DARIPADA SETIAP TETAMU
Pasangan pengantin itu juga dikatakan menerima beratus-ratus utas gelang serta rantai emas semasa majlis perkahwinan mereka dan memakai kesemuanya serentak, lapor Wolipop.
Pernikahan tersebut berlangsung pada 10 Jun lalu di kampung Dong Cao, daerah Phong Khe dan difahamkan keluarga penagntin merupakan golongan kaya di daerah tersebut.
“Keluarga pengantin termasuk dalam golongan kaya di daerah itu. Jadi, sempena meraikan perkahwinan, pasangan itu menerima banyak hadiah termasuk gelang dan cincin emas,” ujar seorang rakan pengantin perempuan.
Pengantin lelaki yang memakai sut hitam dilihat memegang beg kertas putih, manakala pengantin perempuan yang memakai gaun pengantin separuh putih dilihat memegang berpuluh-puluh rantai emas di tangannya.
Berdasarkan komen netizen, ini bukan kali pertama majlis perkahwinan mewah berlangsung di Bach Ninh kerana kawasan itu sememangnya digelar sebagai pusat kediaman elit.
Sumber: Wolipop