Dapur

Bukan Sekadar Herba Tempatan, Pucuk Manis Kaya Dengan Khasiat Superfood

Pucuk Manis ialah herba yang tumbuh meliar dan boleh didapati secara meluas di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Tumbuhan herba ini dikenali dengan pelbagai versi nama seperti cekur manis, asin-asin, sayur manis dan juga mani chai.

TUMBUHAN HERBA YANG LASAK

Pucuk Manis boleh tumbuh tinggi sehingga 6 meter dan mengeluarkan buah kecil seakan buah manggis. Pokok herba ini selalunya ditanam secara keratan batang terus di atas tanah. Diklasifikasikan sebagai tumbuhan perennial, pokok ini bukan herba bermusim dan boleh tumbuh dan mengeluarkan hasil sehingga bertahun lamanya.

Baca juga : Rawat Gastrik Teruk Guna Air Rebusan 6 Herba Ini, Petua Mak-Mak Mesti Menjadi!

Penjagaannya pula sangat mudah dan tidak rumit. Ia hanya perlukan tanah dengan pengaliran air yang baik dan dibaja sebulan sekali. Pucuk Manis boleh dituai untuk dimakan sebulan selepas ditanam.

HERBA DENGAN KHASIAT MAKANAN SUPERFOOD

Herba ini kaya dengan khasiat beta karotene, vitamin E, vitamin C, thiamine, riboflavin, kalsium, zat besi, zink dan protein.

Pucuk Manis perlu dimasak sebelum dimakan kerana mempunyai alkaloid. Alkoid boleh menyebabkan masalah pernafasan jika diambil secara mentah dan dalam kuantiti yang banyak dan kerap. Namun, kajian menunjukkan kandungan alkoid lebih tinggi didalam daun yang matang dan bukannya daun muda atau pucuk.

Baca juga : Ada 8 Petua Tradisional Rawat Penyakit Kayap, Tak Sangka Guna Rumput Pun Mujarab!

KEGUNAAN DALAM MASAKAN

Lazimnya, pucuk sayur manis menjadi pilihan orang Melayu dalam membuat makanan berasaskan kuah seperti sayur lemak, ditumis pedas atau ditambah dalam telur dadar, orang Cina pula gemar menjadikan herba ini sebagai hidangan sampingan untuk pan mee dan bubur.

Baca juga : Resepi Dry Chilli Pan Mee, Lebih Sedap Buat Sendiri Di Rumah!

RESIPI MUDAH PUCUK MANIS BERSAMA TELUR 

Bahan : 

  • 200 gram daun pucuk manis (bahagian pucuk)
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu serbuk perasa ayam
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 50 ml air
  • 1 sudu kecil kicap cair

Cara : 

  • Pucuk manis dicuci dengan garam dan diramas sehingga mengeluarkan jus. Buang jus.
  • Panaskan 2/3 sudu minyak dan goreng bawang putih cincang sehingga wangi.
  • Masukkan daun pucuk manis dan kacau sehingga layu.
  • Tambah air dengan serbuk perasa ayam, reneh sehingga 1 minit.
  • Masukkan telur yang dipukul, kacau rata apabila telur mula mengeras.
  • Tambah kicap cair, kacau rata dan tutup api.
  • Hidang semasa masih panas.

Rujukan – Research Gate (Chekurmanis)

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×