Rakyat

PRU15: Cantik Bukan Sekadar Rupa, Ini 5 Calon Wanita Bertanding Kerusi Parlimen

18
SHARES

Tanggal 19 November merupakan hari membuang undi bagi rakyat Malaysia yang layak bersempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). PRU15 kali ini bakal menyaksikan siapakah calon bertanding yang berjaya memenangi hati rakyat dengan manifesto mereka sekaligus dipilih memegang tampuk pemerintahan negara.

Hari penamaan calon tempoh hari menyaksikan gandingan ‘orang lama’ dan muka baru didaftarkan sebagai calon yang bakal berentap menjelang PRU15. Walaupun peratusan calon bertanding didominasi kaum lelaki, namun dimaklumkan seramai 127 calon wanita bakal bertanding di kerusi parlimen dan manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah.

Berikut merupakan antara 5 senarai calon wanita bertanding PRU15 yang berjaya menarik perhatian ramai.

Baca juga: PRU15: 5 Calon Ahli Parlimen ‘Luar Biasa’ Yang Mampu Buat Kejutan

5 CALON WAKIL WANITA YANG MENYERLAH MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE-15

1. DOKTOR ROSNI ADAM

Kerusi Titiwangsa merupakan antara ‘kawasan panas’ kerana bakal menyaksikan pertembungan sengit empat penjuru di antara dua calon ‘heavyweight’, seorang ahli politik kontroveri serta seorang calon tunggal wanita pada PRU15 kali ini.

Calon wanita tunggal tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Doktor Rosni Adam, yang diberi tanggungjawab untuk merampas kerusi Parlimen Titiwangsa. Beliau merupakan seorang doktor gigi yang dicalonkan PAS mewakili Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, dilihat bakal berdepan cabaran getir untuk menumbangkan nama besar dalam arena politik tanah air. Bagaimanapun, misi itu tidak mustahil memandangkan PAS pernah mencipta kejutan dengan merampas kerusi Titiwangsa yang pernah menjadi kubu kuat BN dalam PRU12, menerusi calon wanita Allahyarhamah Dr. Lo’lo’ Mohamad Ghazali.

Naman calon lain adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mewakili BN yang merupakan saingan hebat untuk banyak ahli parlimen yang bertanding; Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad (PH) dan Pengerusi Perhubungan PEJUANG Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Johari Ghani yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan II antara disebut-sebut bakal merampas kerusi Titiwangsa berikutan prestasi baik beliau yang sering menghulurkan sumbangan kepada penduduk sekitar menerusi pelbagai inisiatif.

2. NURUL FADZILAH KAMALUDDIN

Desas-desus bekas pengacara TV Alhijrah, Nurul Fadzilah Kamaluddin, bakal bertanding di Parlimen Setiawangsa akhirnya terjawab apabila beliau diumumkan oleh tampuk pimpinan parti Perikatan Nasional (PN) sebagai calon yang akan bertanding di kawasan itu.

Beliau kini, merupakan ketua Srikandi Muda Bersatu menjadi pilihan untuk parti itu menarik sokongan pengundi muda di kawasan berkenaan dalam menentang penyandang kerusi itu, Nik Nazmi Nik Ahmad pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sumber memberitahu Free Malaysia Today (FMT), Fadzilah merupakan calon paling sesuai untuk mencabar Nik Nazmi ekoran prestasi PKR yang semakin menurun sejak pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

Selain berpengalaman bercakap di hadapan lensa kamera, Fadzilah juga merupakan seorang pengamal undang-undang sivil yang memiliki syarikat guaman sendiri. Malah, beliau turut bergiat aktif dalam melakukan kerja aktivis kebajikan dalam badan bukan kerajaan sebelum memasuki ke dunia politik lagi.

3. NURUL IZZAH ANWAR

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sekali lagi dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh. Di mana sebelum ini, terdapat desas-desus bahawa beliau akan meninggalkan Parlimen Permatang Pauh untuk bertanding di Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun tidak menjadi kenyataan.

Bagi Nurul Izzah, 42, beliau berharap untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana masih banyak perubahan mahu dilakukan kepada negara, beritahunya seperti dilaporkan akhbar Harian Metro, baru-baru ini.

Tambah beliau, kemenangan itu demi menjaga kebajikan rakyat secara keseluruhan selain melakukan penambahbaikan dan perubahan dengan efektif. Antara komitmennya, untuk memastikan 20 peratus murid di seluruh negara yang dianggarkan buta huruf mendapat pembelajaran, di mana ia boleh diselesaikan melalui peringkat pusat.

Pada PRU-14 lalu, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR telah memenangi kerusi itu dengan 35,534 undi. Beliau menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 15,668 undi.

4. YOUNG SYEFURA OTHMAN

Dalam usaha menarik lebih ramai pengundi Melayu di Bentong, Pahang, DAP telah menamakan bekas ADUN Ketari, Young Syefura Othman sebagai calon mereka untuk kerusi itu. Dr Azmi berpendapat bahawa parti itu lebih memilih Young Syefura dari penyandang Wong Tack kerana beliau tidak mendapat sokongan daripada pengundi Melayu sejak PRU14.

Wong Tack menang dengan menewaskan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan lebih 2,000 undi, yang dianggap sebagai margin yang sangat tipis.

Bukan itu sahaja, saingan di kerusi Bentong pasti menarik kerana calon berusia 33 tahun itu lebih popular dalam kalangan penduduk tempatan berbanding Wong Tack, kata setiausaha agung Anthony Loke Siew Fook seperti dilaporkan New Straits Times.

Jawatankuasa DAP Negeri Pahang juga telah mengesyorkan Young Syefura sebagai calon pilihan. Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, merupakan lulusan Diploma Kejururawatan dan telah bekerja selama setahun sebagai jururawat swasta sebelum membuka klinik bekam dan akupunktur di Puncak Alam bersama abangnya.

5. NUR FATHIAH SYAZWANA SHAHARUDDIN

Pertembungan 10 penjuru bagi kerusi di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pastinya mengejutkan ramai pihak sekali gus menjadikannya antara ‘kerusi panas’ yang menjadi tumpuan.

Ini termasuk calon wanitanya bernama Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, 28, atau Cleopatra yang bertanding atas tiket Bebas. Bukan sahaja memiliki penampilan fizikal menarik, dia turut memiliki taraf pendidikan tinggi hingga digelar beauty with brain dengan menyandang beberapa jawatan tinggi.

Beliau ingin menjadikan Parlimen Batu sebagai bandar contoh yang dilengkapi dengan Artificial Intelligence (AI) terbaik dan moden. Selain, bekerja keras untuk memperbaiki keadaan hidup masyarakat di situ dan menjadikan Parlimen Batu sebagai Kuala Lumpur mini.

Calon ini merupakan Pengarah Syarikat Raffles Force (Malaysia) Sdn Bhd, dilantik pada 2021 sehingga kini yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri keselamatan dan pertahanan selain turut terbabit secara langsung sebagai individu utama dalam perancangan bidang berkenaan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×