Rakyat

PRU15: 5 Calon Ahli Parlimen ‘Luar Biasa’ Yang Mampu Buat Kejutan

17
SHARES
PRU15

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November depan bakal menyaksikan pertembungan calon berprofil tinggi di beberapa kawasan yang dianggap ‘panas’. Ramai nama besar dalam politik tanah air telah pun mengesahkan penyertaan dalam PRU15 apabila menghantar borang penamaan calon pada 5 November.

Sudah pasti ada beberapa calon bertanding yang berjaya menarik minat dan membuatkan seluruh rakyat ternanti-nanti dengan keputusan PRU-15 kelak. Berikut merupakan antara 5 calon Ahli Parlimen bertanding yang menjadi bualan ramai dan mampu membuat kejutan.

Baca juga: 7 Info Penting Yang Generasi Muda Perlu Tahu Sebelum Keluar Mengundi

5 Calon Ahli Parlimen Yang ‘Panas’ & Menyerlah Menjelang Pilihan Raya

1.Datuk Johari Abdul Ghani

Antara calon yang perlu diberi perhatian dalam PRU kali ini ialah bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang akan bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa.

Selepas berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dari 2013 hingga 2018, dan Menteri Kewangan Kedua dari 2016 hingga 2018, beliau tewas di kerusi itu kepada Datuk Seri Rina Harun, yang ketika itu bersama Pakatan Harapan. Bagaimanapun, beliau terus berkhidmat di kawasan itu dan kini merupakan ketua UMNO Wilayah Persekutuan.

Untuk ‘pertempuran’ PRU-15 kali ini, beliau akan menentang wakil Amanah’s iaitu Khalid Samad, wakil MUDA Siti Rahayu Baharin (Cikgu Ayu), wakil Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dan wakil PAS Dr Rosni Adam. Sementara itu, Rina akan bertanding di kerusi Sepang sebagai calon Bersatu.

Merupakan seorang akauntan mengikut profesion, Johari memulakan kerjayanya di firma perakaunan antarabangsa Peat Marwick & Company. Sejak itu, beliau telah memegang beberapa jawatan kanan dalam arena korporat dan telah membantu syarikat-syarikat terkenal di Malaysia.

2.Young Syefura Othman

Dalam usaha menarik lebih ramai pengundi Melayu di Bentong, Pahang, DAP telah menamakan bekas ADUN Ketari, Young Syefura Othman sebagai calon mereka untuk kerusi itu. Dr Azmi berpendapat bahawa parti itu lebih memilih Young Syefura dari penyandang Wong Tack kerana beliau tidak mendapat sokongan daripada pengundi Melayu sejak PRU14.

Wong Tack menang dengan menewaskan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan lebih 2,000 undi, yang dianggap sebagai margin yang sangat tipis.

Bukan itu sahaja, saingan di kerusi Bentong pasti menarik kerana calon berusia 33 tahun itu lebih popular dalam kalangan penduduk tempatan berbanding Wong Tack, kata setiausaha agung Anthony Loke Siew Fook seperti dilaporkan New Straits Times.

Jawatankuasa DAP Negeri Pahang juga telah mengesyorkan Young Syefura sebagai calon pilihan. Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, merupakan lulusan Diploma Kejururawatan dan telah bekerja selama setahun sebagai jururawat swasta sebelum membuka klinik bekam dan akupunktur di Puncak Alam bersama abangnya.

3.Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Seterusnya, turut dalam senarai itu ialah Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Jika sebelum ini beliau masih tidak pasti bertanding di kawasan mana dan dikatakan diboikot oleh parti, namun semasa hari penamaan calon beliau telah mengumumkan akan bertanding di Parlimen Gerik.

Asyraf berkelulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Loughborough, di mana beliau memperoleh dua ijazah: Sarjana Sains dengan Kecemerlangan (Ekonomi Islam, Perbankan dan Kewangan), dan Doktor Falsafah (Perbankan dan Kewangan Islam).

4.Syed Saddiq

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diumumkan kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi di Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pencalonan Syed Saddiq itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd. Aziz pada 2 November lalu.

Membawa semangat anak muda, Syed Saddiq yang merupakan penyandang kerusi berkenaan dijangka akan berentap dengan calon BN, Helmy Abdul Latif dan calon PN, Abdullah Husin. Pada PRU14, Syed Saddiq yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Bersatu menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar ketika itu, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Abdul Aziz Talib (Pas) dengan majoriti 6,953 undi.

5.Khairy Jamaluddin

Siapa yang tidak mengenali Khairy Jamaluddin bukan? Mengumumkan bakal bertanding bagi Parlimen Sungai Buloh, beliau dianggap sebagai “peneraju” oleh Barisan Nasional (BN) dan merupakan salah seorang ahli politik yang namanya sedang meningkat naik. Namun begitu, ramai yang mempersoalkan apabila beliau dicalonkan di Parlimen Sungai Buloh semata-mata beliau merupakan Menteri Kesihatan dan di kawasan berkenaan mempunyai Hospital Sungai Buloh.

“Itu bukan satu-satunya sebab saya datang ke Sungai Buloh. Saya dah tiga penggal menjadi wakil rakyat di Rembau. Rembau ini ada kawasan kampung dan juga kawasan pinggiran bandar. Saya telah buat yang terbaik untuk membangunkan Rembau. Terima kasih kepada semua pengundi Rembau atas sokongan anda,” katanya dalam satu temu bual Sinar Harian.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Belia & Sukan pada tahun 2013-2018.

Ketika ini, Khairy akan bertanding di Sungai Buloh pada PRU15, selepas Tampin atau Kuala Pilah. New Straits Times melaporkan beliau terbuka kepada mana-mana kerusi yang parti politik mahu beliau menang. Parlimen Sungai Buloh juga memperlihatkan pertembungan tujuh penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Gerakan Tanah Air (GTA) serta dua calon bebas.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×