Rakyat

PRU15: 7 Info Penting Yang Generasi Muda Perlu Tahu Sebelum Keluar Mengundi

6
SHARES

PANDUAN PRU15

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan pada 19 November ini menyaksikan rakyat Malaysia sekali lagi bakal menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi menentukan parti yang akan dipilih untuk menerajui kerajaan bagi penggal seterusnya.

Bagi mereka yang mempunyai pengalaman membuat undi sebelum ini, pastinya sudah biasa dengan langkah-langkah atau ‘pantang’ larang yang perlu dilakukan menjelang hari mengundi atau semasa pengundian. Namun buat generasi muda yang bakal pertama kali keluar mengundi, pasti anda tertanya-tanya apa yang harus dilakukan sebelum melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin ini bukan?

Berikut 7 perkara penting yang generasi muda perlu tahu sebelum keluar mengundi pada 19 November nanti!

Baca juga: PRU15: Pertama Kali Nak Mengundi? Ini Panduan Berguna Untuk Anda

7 INFO PENTING YANG GENERASI MUDA PERLU TAHU SEBELUM KELUAR MENGUNDI

1. Check MYSPRSemak

Perkara pertama yang penting untuk anda lakukan sebagai pengundi generasi muda adalah dengan melayari laman web MySPRSemak terlebih dahulu. Untuk apa? Lawan web SPR ini adalah laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk anda menyemak lokasi mengundi anda nanti. Hanya letakkan nombor kad pengenalan yang sah, anda boleh tahu lokasi mengundi dan waktu mengundi serta DUN di kawasan anda.

Selain daripada portal, MySPR Semak turut menyediakan inisiatif lain yang memudahkan lagi pengundi untuk menyemak sendiri maklumat penting mereka dengan memuat turun aplikasi MySPR Semak seperti pautan link di bawah:

Bagi kaedah hotline pula, para pengundi boleh terus menghubungi nombor 03-88927018 untuk membuat semakan menerusi panggilan telefon terus kepada pihak SPR.

2. Rancang perjalanan untuk pengundi yang tinggal jauh

Bukan semua dalam kalangan kita yang tinggal berdekatan dengan tempat mengundi yang berdaftar bukan? Senang untuk pemahaman ramai, bukan semua dalam kalangan kita yang tinggal di kampung halaman. Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah rancang perjalanan seawal yang mungkin. Untuk anda yang memandu, pastikan memulakan perjalanan sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh mengundi bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Anda juga disarankan ‘car pool’ atau berkongsi kereta bersama keluarga atau rakan jika ingin menuju ke destinasi yang sama. Bukan sahaja boleh mengurangkan kesesakan jalan raya, anda juga boleh berjimat cermat!

Diskaun tiket flight Malaysia Airlines.

Buat anda yang ingin menggunakan pengangkutan awam, buat pembelian tiket awal supaya tidak kehabisan tiket! Ada beberapa jenis pengangkutan awam yang anda boleh pilih  iaitu bas, keretapi, tren ETS dan kapal terbang. Apa yang menarik adalah ada beberapa jenis syarikat pengangkutan awam yang menawarkan diskaun sempena PRU-15!

3. Kenali calon adun & parlimen

Foto Datuk Seri Johari Abdul Ghani- Parlimen Titiwangsa

Paling penting sekali sebelum mengundi, anda haruslah buat sedikit kajian tentang calon bertanding. Ambil tahu latar belakang calon dan semak prestasi calon tersebut jika beliau pernah memenangi PRU di mana-mana bahagian.

Hal ini sangat penting kerana calon dipilih bakal memperjuangkan nasib penduduk setempat dan membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Pilih wakil rakyat yang bena-benar ‘bekerja’ dan bukan hanya bertanding untuk kepentingan politik semata-mata.

4. Apa yang anda kena bawa ketika keluar mengundi

Hari mengundi kena bawa apa? Semasa hari mengundi, adalah eloknya untuk anda keluar awal dan pastikan barang yang paling penting sekali iaitu kad pengenalan dibawa sepanjang masa. Sangat mudah, itu sahaja barang paling penting ibarat nyawa untuk anda bawa ke pusat mengundi.

Dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri adalah Passport Malaysia, Lesen Memandu bergambar, Kad Rasmi pengenalan diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan gambar pemegang.

Bukan itu sahaja, elakkan memakai sebarang jenis pakaian yang melambangkan simbol parti yang disokong. Kena tangkap polis susah nanti!

5.PENGGUNAAN DAKWAT ADALAH WAJIB

1.Pastikan jari bersih sebelum tiba di Pusat Mengundi

2.Celupkan jari telunjuk kiri ke dalam botol dakwat apabila diarahkan.

3.Biarkan dakwat kering di jari.

4.Dakwat pada jari bukan untuk tanda kertas undi. Tandakan kertas undi menggunakan pen yang disediakan.

6.ORANG POSITIF COVID-19 BOLEH MENGUNDI KE?

Individu yang disahkan positif COVID-19 dengan tahap kesihatan yang tidak kritikal akan dibenarkan mengundi PRU-15. SOP yang dikenakan adalah pemakaian pelitup muka, pelindung muka (face shield) dan penggunaan cecair pencuci tangan pembasmi kuman, selain ada saluran khas untuk mereka.

7. JANGAN ‘MELUKIS’ DALAM KERTAS UNDI

Semasa memilih calon pilihan anda, anda cuma perlu pangkah ‘X’ dengan jelas di kotak yang berkenaan, tanpa melampaui sempadan kotak. Mana-mana tanda lain selain dari ‘X’ boleh mengakibatkan undi anda tidak sah dan rosak. Dalam erti kata lain, jangan conteng kertas undi anda!

Selain itu, dalam Section 26(1)(e)(iv) Akta Kesalahan Pilihanraya menyatakan bahawa tiada sesiapapun yang dibenarkan menunggu atau melepak (loiter) dalam lingkungan 50 meter dari stesen mengundi melainkan tunggu giliran untuk membuang undi. Kesalahan ini boleh membawa hukuman maksimum 1 tahun penjara dan/atau denda maksimum RM5,000.

Lebih-lebih lagi, jangan sekalipun cuba mempengaruhi atau mencegah orang lain dari mengundi. Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Batasan pada hari mengundi (sebahagian):

Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi:

(i) Dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi.

(ii) Merayu-rayu atau memujuk atau cuba memujuk mana-mana orang supaya tidak mengundi dalam pilihan raya itu, atau supaya mengundi atau tidak mengundi mana-mana calon dalam pilihan raya itu.

*Selamat mengundi nanti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×