Rakyat

PRU15: Pertama Kali Nak Mengundi? Ini Panduan Berguna Untuk Anda

13
SHARES

PANDUAN PRU15

Seperti mana yang diumumkan sebelum ini, pada 19 November, negara kita akan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke1-5 (PRU15). Bagi anak muda berusia antara 18 tahun hingga 20 tahun, nama mereka telah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi.

Jika anda pertama kali menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, pasti pelbagai persoalan bermain di minda. Jadi, kami kongsikan beberapa panduan penting anda kena tahu. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Cara Kemaskini Alamat & Tempat Mengundi Di JPN Secara Online

PRU15: PERTAMA KALI NAK MENGUNDI? INI PANDUAN BERGUNA UNTUK ANDA

pru15

Sabtu 19 November 2022 hari mengundi. Apa pengundi perlu tahu?

1. Nak bawa apa semasa mengundi?

– Kad pengenalan (IC). Kalau hilang IC, kena isi satu borang disahkan JPN.

2. Dah daftar, tetapi tiba-tiba dihalang mengundi, macam mana?

– Pergi terus ke balai polis berdekatan.

3. Boleh ke hantar wakil untuk mengundi?

– Tidak dibenarkan.

4. Pengundi adalah golongan OKU cacat penglihatan, macam mana nak mengundi?

– SPR benarkan dia datang berteman. Perlu isi satu borang sebagai pengiring.

5. Boleh ke guna IC orang lain untuk mengundi?

– Tidak dibenarkan.

6. Hari mengundi nanti pengundi positif Covid-19, boleh ke datang mengundi?

– Boleh. Ada saluran khas untuk pengundi positif Covid. Tak bercampur dengan orang lain.

7. Kenapa ada banyak saluran mengundi?

– Tak nak bagi sesak di tempat buang undi. Saluran 1 biasanya untuk warga emas.

8. Perlu ke daftar lagi nama semasa hari mengundi nanti?

– Tidak perlu dah. Semak nama ada di saluran mengundi. Dah tau saluran, terus beratur mengikut saluran.

9. Bagaimana bagi pengundi OKU dan wanita mengandung?

– Ketua tempat mengundi diberi kuasa untuk beri keutamaan kepada mereka untuk masuk ke tempat mengundi, supaya tidak perlu tunggu lama di luar.

10. Pagi hari mengundi, tiba-tiba IC hilang, nak buat macam mana?

Dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri:

  • pasport biru
  • pasport merah
  • lesen memandu yang bergambar atau
  • kad rasmi pengenalan diri dikeluarkan mana-mana pihak berkuasa kerajaan

11. Bila waktu mula mengundi?

– 8 pagi hingga 6 petang (Semenanjung);

– 7.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabah, Sarawak).

12. Ada tempat mengundi ditutup awal, betul ke?

– Ya, kerana beberapa faktor seperti keadaan geografi, jumlah pengundi dan lain-lain.

13. Adakah tidak boleh gunakan pen untuk tanda kertas undi?

– Penggunaan pen dibenarkan. Bagi mudahkan pengundi, ada tersedia pensil di tempat mengundi.

14. Tanda kertas undi hingga terkeluar dari petak undi, adakah kertas undi akan rosak?

– Masih lagi diterima. Janji ada tanda

15. Boleh ke pengundi berdaftar di Sabah Sarawak tetapi menetap di Semenanjung memohon undi secara pos?

– Tidak dapat. Undi pos bagi yang dalam negara hanya untuk askar, polis, ahli/pegawai SPR dan petugas media yang bertugas pada hari mengundi awal.

16. Bagaimana cara nak semak tempat mengundi?

– Portal rasmi spr.gov.my

– Call ibu pejabat SPR 03-8892 7018

– Semak dalam portal MySPR Semak di mysprsemak.spr.gov.my

Selamat mengundi!

Sumber: Twitter Sir Kamarul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×