Nampaknya ura-ura mengatakan Pilihanraya Umum sudah semakin dekat. Jadi, inilah masanya untuk anda melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk menentukan hala tuju masa depan memilih barisan pemimpin negara. Namun, ada dalam kalangan kita yang sudah berpindah-randah dan masih tidak menukar alamat dan tempat mengundi mengikut kawasan terkini.
Oleh itu, berikut merupakan cara untuk kemaskini tempat dan alamat mengundi di JPN secara online. Bagi mendapatkan penerangan yang lebih jelas, anda juga boleh menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara ya.
Baca juga: Cara Semak Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan Sebelum Kahwin
CARA KEMASKINI ALAMAT DAN TEMPAT MENGUNDI SECARA ONLINE
1) Click link ni > https://myspr.spr.gov.my/login & isi no IC, password & CAPTCHA untuk log in Akaun MySPR.
2) Click ‘Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya/Pertukaran Status) & isi borang tu.
3) Click ‘KATEGORI PEMILIH’ dekat Bahagian 1.
4) Isi full address sama macam dalam IC/alamat tempat bertugas/alamat tempat bertugas pasangan & maklumat yang kena isi.
5) Upload gambar depan IC & gambar swafoto sekali dengan IC.
6) Click ‘HANTAR’, then korang akan dapat notification untuk mohon TAC number & click ‘MOHON TAC’
7) Anda akan dapat no TAC through email & SMS. Isi no TAC tu & click ‘HANTAR’.
8) Then akan dapat notification “Borang A telah diterima & sedang disemak untuk kelulusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” through email.
Kalau belum tukar alamat dekat IC, korang boleh mohon untuk tukar alamat dekat JPN. Pergi JPN bawak IC ori & dokumen sokongan (bil elektrik, bil air, bil internet or bil Astro. Make sure nampak nama dekat bil tu. Bayaran RM10 ya!
Sumber: Twitter @anisssurayaaa