Famili

PM Tegaskan Tiada Lagi Sekatan Pergerakan Rakyat

3
SHARES

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan tidak lagi melaksanakan sekatan terhadap pergerakan rakyat serta sektor ekonomi, sebaliknya akan memberi lebih banyak kelonggaran dalam menghadapi penularan Covid-19.

Kerajaan kini juga telah mengambil pendekatan lebih teratur serta tidak terlalu keras, dengan berpandukan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM), terutama berkaitan prosedur operasi standard (SOP).

Baca juga: Ditanya Mengenai Lockdown, Ini Jawapan KJ Kepada Orang Ramai

PM TEGASKAN TIADA LAGI SEKATAN PERGERAKAN RAKYAT

Menurut laporan BH Online, kerajaan kini lebih memberi tumpuan untuk mengurankan kes dan pada masa yang sama mahu memulihkan ekonomi.

Tambahnya juga, pemberian dua dos serta penggalak vaksin Covid-19 selesai, kelonggaran SOP akan diberikan seperti nasihat KKM.

“Dua hari lalu, kerajaan sudah mengumumkan tidak lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyekat pergerakan rakyat. Tiada lagi istilah menyekat pergerakan dari daerah ke daerah serta dari negeri ke negeri lain,” jelasnya.

Bagaimanapun, sempadan Malaysia masih ditutup berikutan kes COVID-19 di negara luar masih tinggi dan industri pelancongan belum dibuka sepenuhnya walaupun pelancongan domestik sudah beroperasi semula.

“Justeru, kita berhati-hati walaupun sudah memulakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dengan Singapura.

“Kita juga sedang membincangkan VTL dengan Indonesia. Sepatutnya, VTL ke Thailand juga dilaksanakan tetapi kes meningkat, maka kita menggantung pergerakan ke luar negara ini dulu,” jelasnya.

Katanya, pelancong antarabangsa belum dibenarkan memasuki Malaysia, dan industri itu masih memerlukan bantuan kerajaan dengan pemberian subsidi upah masih diteruskan kepada industri pelancongan negara.

Pembukaan semula sektor ekonomi menyebabkan keadaan ekonomi bertambah baik, malah pelaburan langsung asing (FDI) dan nilai dagangan meningkat dengan kini mencecah RM2 trilion, manakala pertumbuhan ekonomi tahun ini dijangka meningkat 5.5 hingga 5.6 peratus.

“Ada yang menyatakan perniagaan akan ditutup, justeru dua hari lalu, saya mengumumkan kita tidak tutup. Boleh balik kampung pada raya ini dan sambutan ‘balik kampung’ sangat tinggi sekali,” tambahnya.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×