Famili

Jangan Rasa Bosan! Klik Sini Untuk Aktiviti Best Tapi Kekal Selamat Semasa Ramadan Versi PKP Ini

2.2K
SHARES

Walaupun kes COVID-19 di Malaysia menunjukkan kadar penurunan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilanjutkan oleh kerajaan sehingga 12 Mei 2020. Dengan itu, sudah pasti rutin bulan Ramadan bagi umat Islam akan banyak berubah berbanding tahun-tahun lepas.

Walaubagaimanapun, sinar cahaya Ramadan itu tidak harus kelam hanya dek kerana PKP. Anda dan keluarga masih lagi mampu memeriahkan suasana Ramadan dengan aktiviti yang bakal admin kongsikan ini.

Nak buat apa di rumah semasa PKP bulan Ramadan ni?

1. Nak bawa anak keluar rumah tak boleh disebabkan PKP. Tapi, anak-anak dah mengadu kebosanan. Ha, apakata anda didik anak dengan konsep ‘1 cerita 1 hari’. Anda perlu sedia dan bacakan 30 kisah-kisah tauladan untuk dibacakan oleh anak anda setiap hari sepanjang Ramadan. Boleh kekal selamat dan dalam masa yang sama menambah ilmu!

2. Jaga jarak sosial dan jaga kebersihan. Untuk memenuhi kedua-dua nasihat daripada pihak kerajaan ini, anda digalakkan untuk nyahkuman rumah dan peralatan kerap guna. Inilah masa nak kemas rumah sebersih-bersihnya kan?

3. Memang terasa perbezaan Ramadan tahun ini apabila tak dapat menunaikan terawih di masjid. Namun, anda boleh tetapkan azam untuk terawih setiap hari secara berjemaah di rumah. Selepas sesi terawih, anda boleh menikmati sesi moreh pula bersama keluarga.

#Meriahkan lagi Ramadan anda dan keluarga dengan menyertai Sesi Finale Moreh Digital Goodday! Jom kita cipta Rekod Sesi Moreh Digital Terbesar di Malaysia bersama-sama.

Istilah ‘kehidupan normal yang baru’ kini seringkali diwar-warkan demi mengawal wabak COVID-19 di mana ia menekankan bahawa keselamatan wajib diutamakan dalam setiap perkara.

Sehubungan itu, Susu Goodday membawakan beberapa inisiatif di bawah kempen ‘Kekal Sejahtera, Kekal Selamat Susu dengan Goodday‘ untuk menggalakkan anda duduk rumah dan kekal selamat pada bulan Ramadan tahun ini.

Inisiatif 1:

Jom cipta rekod Malaysia dengan menyertai Sesi Finale Moreh Digital Goodday terbesar yang akan diadakan pada 22 Mei ini, jam 10 malam.

Nikmati sesi moreh bersama personaliti kegemaran anda dari ERA, Sinar & Gegar iaitu Radin, Rahim & Shah, artis terkenal Sherry Alhadad & Nabil Ahmad dan juga Ustaz Don Daniyal.

Bukan itu saja, anda juga boleh memenangi e-baucar Shopee eksklusif Etika Flagship Store daripada hadiah terkumpul bernilai RM10,000!

Inisiatif 2:

Tak cukup dengan itu, anda juga wajib beramai-ramai menyertai Moreh Digital Mingguan Goodday di ERA IG Live pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam bersama Personaliti ERA dan Ustaz Don Daniyal.

Sesi Moreh Digital Mingguan Goodday ini akan bermula pada 1 Mei. Semasa sesi tersebut juga, Ustaz Don Daniyal berbesar hati menjawab sebarang persoalan daripada anda!

Oh ya, pastikan anda menonton sehingga akhir sesi moreh kerana anda berpeluang memenangi sebahagian e-baucar Shopee eksklusif Etika Flagship Store bernilai RM 3,000!

Inisiatif 3:

Selain itu, mari sertai #CabaranRamadhanSelamatGoodday di laman Instagram untuk peluang memenangi sebahagian daripada hadiah terkumpul RM10,000 e-baucar Shopee eksklusif Etika Flagship Store ! Pemenang akan dipilih setiap hari! Tema juga akan berbeza pada tiap-tiap minggu tau.

Pertandingan ini bermula sekarang sehingga 17 Mei 2020 ya. Jadi, tunggu apa lagi, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Syok .

Jangan lupa untuk ‘Kekal Sejahtera, Kekal Selamat dengan Susu Goodday‘.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×