Rakyat

Ditanya Mengenai Lockdown, Ini Jawapan KJ Kepada Orang Ramai

30
SHARES

Pertanyaan wartawan berkenaan perlaksanaan perintah berkurung atau lockdown, ketika sidang media yang berlangsung semalam, menerima maklum balas yang tegas daripada Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin.

“No no no, we don’t mention the ‘L’ (kita tak sebut lagi perkataan L itu).” balas beliau.

Baca juga: [TERKINI] KKM Lulus Kanak-Kanak 5-11 Tahun Boleh Terima Vaksin!

DITANYA MENGENAI LOCKDOWN

Beliau ketika menegaskan perkara itu, menyifatkan kaedah sekatan pergerakan, perintah berkurung dan seumpamanya adalah langkah ke belakang.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyelaras segenap langkah pembendungan dan kawalan wabak menerusi pendekatan lebih terangkum.

“Langkah pembendungan jangkitan COVID-19 akan dibuat bersandarkan kaedah yang berkesan dan tidak keterlaluan, berbanding pelaksanaan sekatan pergerakan atau ‘lockdown’. Sebaliknya semua tindak balas akan dibuat mengikut kaedah yang berkesan, tetapi tidak keterlaluan.” hujah beliau.

Mengulas lanjut isu sempadan negara, beliau berkata, sempadan dibuka kerana ianya diperlukan masyarakat terutama mereka yang belajar di luar negara, warga asing yang datang ke Malaysia untuk meniaga dan pelbagai lagi.

“Sampai bila lagi pun kita nak tutup sempadan, sebolehnya kita nak bergerak ke hadapan, tanpa perlu toleh ke belakang lagi, justeru perkataan ‘L’ itu patah balik belakang.

“Memang kita sedaya upaya nak elakkan perintah berkurung atau sekatan pergerakan,” katanya pada sidang media di Parlimen, semalam.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×