Rakyat

[TERKINI] KKM Lulus Kanak-Kanak 5-11 Tahun Boleh Terima Vaksin!

224
SHARES

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, keputusan dibuat melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang bersidang pada 6 Januari 2022.

Baca juga: Ibu Bapa Tak Perlu Risau, Vaksinasi Kanak-Kanak 5-11 Tahun Selamat – Pakar

[TERKINI] KKM LULUS KANAK-KANAK 5-11 TAHUN BOLEH TERIMA VAKSIN

Beliau berkata, PBKD bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection untuk digunakan bagi golongan kanak-kanak itu.

Tambah beliau lagi, PBKD turut meluluskan vaksin Comirnaty (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection iaitu vaksin Comirnaty dengan formulasi baharu yang tidak memerlukan pencairan (dilution) sebelum administrasi untuk individu berumur 12 tahun ke atas.

Vaksin ini mempunyai tempoh jangka hayat lebih panjang, iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada (satu bulan) apabila disimpan pada suhu 2 ºC hingga 8ºC setelah dinyah beku.

“Indikasi Comirnaty (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection ini adalah untuk imunisasi Covid-19 kepada individu berumur 12 tahun dan ke atas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, vaksin Comirnaty 10mcg mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty (Tris/Sucrose) 30mcg.

Noor Hisham berkata, pemegang pendaftaran bagi kedua-dua vaksin Comirnaty di atas adalah Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. dan dikilangkan oleh BioNTech Manufacturing GmbH, Jerman.

Sumber: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×