Famili

Ibu Bapa Tak Perlu Risau, Vaksinasi Kanak-Kanak 5-11 Tahun Selamat – Pakar

348
SHARES

Ramai ibu bapa yang risau untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada anak mereka yang berusia seawal lima tahun. Walau bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau keputusan untuk membenarkan suntikan vaksinasi kepada anak-anak seawal usia 5 tahun, kerana vaksin yang digunakan ketika ini adalah terbukti selamat.

Baca juga: Institusi Pendidikan Lengkap 90% Vaksinasi Boleh Hadir Ke Sekolah Tanpa Penggiliran

IBU BAPA TAK PERLU RISAU, VAKSINASI KANAK-KANAK 5-11 TAHUN SELAMAT

Menerusi laporan Astro Awani, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, beberapa negara lain juga telahpun melakukannya lebih awal daripada pengumuman yang dibuat oleh Amerika Syarikat sebelum ini.

“Untuk pengetahuan semua, terdapat beberapa negara lain telah memulakan vaksin terhadap golongan tersebut. Antaranya Kemboja, Cuba, Chile, UAE dan juga China.

vaksinasi

“Jadi keputusan tersebut pada pandangan saya bukanlah terlalu awal kerana kalau kita perhatikan negara UAE telah menggunakan vaksinasi terhadap golongan tersebut seawal Julai atapun Ogos lalu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, data-data yang lebih banyak mungkin sedang dikumpulkan untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat oleh kerajaan.

“Namun daripada tinjauan secara saintifik dan sebagainya, vaksin yang sedia ada yang disyorkan kepada golongan tersebut adalah selamat dan berkesan,” katanya.

Dr Marlina juga menjelaskan bahawa kelompok kumpulan kanak-kanak membabitkan usia 5 hingga 11 tahun di negara ini adalah dalam kalangan mereka yang terlibat dalam alam persekolahan kerana golongan tersebut sudah tentunya terlibat dengan pergaulan sosial dengan kanak-kanak lain yang mungkin mengundang risiko mendapat jangkitan COVID-19.

“Dalam keluarga masing-masing, mereka ini berpotensi untuk menjadi punca jangkitan kerana mereka ini masih lagi belum lagi divaksin.

“Walaupun kalangan dewasa sudahpun divaksin tetapi disebabkan oleh potensi mereka ini untuk menyebabkan jangkitan, ia juga boleh merebak kepada golongan yang lain,” terangnya.

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×