Advertorial

Bosan Ketika Tempoh PKP? Cuba 5 Aktiviti Menyeronokkan Ini Dengan Anak, Isi Masa Lapang

5.3K
SHARES

Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu dilanjutkan sehingga 28 April depan, rata-rata ibu bapa dilihat meluahkan keresahan di akaun media sosial masing-masing akibat buntu dengan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah.

Akibat sibuk dengan kerja, anak-anak sering mengadu bosan kerana ibu bapa banyak menghabiskan masa di depan komputer riba. Apa kata hiburkan anak-anak dengan aktiviti menyeronokkan bersama F&N & TEAPOT Squeeze Tube. Cuba idea di bawah…

1. Belajar seni makanan

Pagi petang siang malam asyik jamah makanan sama, pasti anak-anak bosan. Apa kata kembangkan kreativiti anak-anak dengan mengajar mereka seni makanan dengan F&N atau TEAPOT Squeeze Tube misalnya perisa Pandan atau Coklat. Barulah makanan biasa nampak luar biasa!

Tak perlu teknik yang sukar pun, cuma hias juadah atau ubah sedikit resipi supaya ia kelihatan menarik. Barulah sesi menjamu selera bersama mereka lebih menyeronokkan!

2. Rekod video anda hasilkan pencuci mulut bersama

Anak-anak mana tak sukakan pencuci mulut? Sedangkan anak admin pun satu hari kalau boleh minta lima kali buat kek. Tapi, lepas ni kalau anak-anak minta, ajak mereka buat sama-sama dan rekod setiap proses dalam bentuk video. Dari situ boleh ajar dan eratkan hubungan dengan anak-anak!

Admin kongsikan satu resipi pencuci mulut yang mudah iaitu kek coklat, jom cuba!

Bahan-bahan:

100g tepung gandum
50g serbuk coklat
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil serbuk soda
300ml minyak sayur
100g gula
2 biji telur ayam
150g Susu Pekat Penuh Krim F&N
1 sudu kecil esen vanila

Cara menyediakan:

  1. Sediakan ketuhar dengan suhu 180˚C dan kertas minyak dalam acuan kek berukuran 8″.
  2. Masukkan minyak sayur, Susu Pekat Penuh Krim F&N, gula, telur dan esen vanila ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan kering ke dalam campuran, kacau dan pindahkan campuran ke dalam acuan kek.
  4. Bakar selama 20-25 minit. Ketepikan kek sehingga sejuk.
  5. Untuk salutan coklat, masukkan semua bahan ke dalam periuk dan cairkan coklat dengan api kecil. Kacau sehingga sebati.
  6. Letakkan kek pada rak dawai dan tambahkan salutan coklat di atas kek. Sedia untuk dihidang!

Jangan lupa muatnaik dalam akaun media sosial masing-masing supaya ibu bapa di luar sana pun boleh cuba di rumah okay!

3. Berkelah di ruang tamu

Siapa kata sepanjang tempoh PKP ini kita tak boleh berkelah dengan anak-anak. Apa susah, bentang tikar di ruang tamu, sediakan snek, juadah ringan seperti kekacang, jus dan sebagainya.

Nak lagi sedap, makan snek dengan F&N atau TEAPOT Squeeze Tube.

Sambil-sambil tu boleh baca komik atau tonton siri kartun bersama. Seronok bukan?

4. Hasilkan dessert skewers

Seperti yang admin katakan tadi, anak-anak cukup suka dengan pencuci mulut. Apa kata anda ajar anak mempelbagaikan gaya penyampaian supaya ia kelihatan lebih menyelerakan? Misalnya, hasilkan dessert skewers, kelihatan seperti skewers ayam tapi versi pencuci mulut.

Cuma cucukkan brownies bersama buah-buahan misalnya dan tambahkan F&N Squeeze Tube perisa coklat. Mesti anak-anak suka dengan rasa susu yang diperbuat daripada New Zealand ini.

5. Sediakan snek bersama anak untuk sesi menonton televisyen

Menonton televisyen sememangnya aktiviti utama anak-anak di rumah sepanjang tempoh PKP. Apa kata anda dan anak bersama-sama sediakan snek ringkas tetapi berkhasiat. Potong beberapa jenis buah dan hidang bersama kekacang, cicahkan dengan F&N Squeeze Tube perisa coklat, mesti anak-anak suka!

Jadikan F&N & TEAPOT Squeeze Tube teman anda

Menarikkan idea yang admin kongsikan tadi? Jomlah cuba di rumah dan selitkan F&N & TEAPOT Squeeze Tube dalam setiap aktiviti anda sepanjang tempoh PKP ini.

Bukan saja bersaiz kecil, F&N Squeeze Tube yang diperbuat daripada susu New Zealand ini turut mudah disediakan dan boleh dipelbagaikan dalam resipi ala Barat mengikut kesesuaian. Manakala, TEAPOT Squeeze Tube pula sesuai dipadankan dengan juadah tempatan kegemaran rakyat Malaysia seperti keropok lekor, sagu, satay, kuih muih dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, F&N Squeeze Tube boleh didapati dalam tiga perisa iaitu Coklat, Strawberi dan Krimer Manis. Begitu juga dengan TEAPOT Squeeze Tube, ia turut boleh didapati dalam tiga perisa juga iaitu Pandan, Gula Melaka dan Krimer Manis.

Untuk lebih banyak inspirasi dan idea dalam mempelbagaikan resipi menggunakan F&N & TEAPOT Squeeze Tube, layari laman web F&N Life.

Istimewa untuk pembaca Sirap Limau, anda boleh dapat diskaun tambahan RM3 untuk pembelian F&N atau TEAPOT Squeeze Tube dengan kod promo “FNTUBE3” di laman web F&N Life.


Kongsikan juga idea dan versi anda dalam mempelbagaikan resipi menggunakan F&N atau TEAPOT Squeeze Tube di akaun media sosial masing-masing dengan hashtag #FNSqueezeTube dan #TEAPOTSqueezeTube.

Ingat, #KitaJagaKita, oleh itu #DudukRumah dan hiburkan anak-anak anda dengan F&N Squeeze Tube dan TEAPOT Squeeze Tube.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×