Sambutan hari istimewa seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan, Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya adalah saat paling dinantikan oleh seisi keluarga. Ia bagi menunjukkan kasih sayang dan penghargaan sesama ahli keluarga.
Namun, kerana keadaan semasa wabak Covid-19 telah memaksa ramai membatalkan aktiviti luar bersama keluarga. Walaupun duduk di rumah, anda masih boleh menyambut hari istimewa ini dengan lebih meriah bersama keluarga. Ini tipsnya!
1. Senaraikan barangan yang perlu ada
Senaraikan segala keperluan dan barangan yang diperlukan untuk sambutan. Senarai ini penting agar anda boleh memeriksa barang yang sudah ada di rumah atau perlu dibeli. Anda juga boleh menentukan perbelanjaan yang bijak dan sekaligus menjimatkan masa.
2. Mengemas dan menghias rumah
Kemas rumah terlebih dahulu dan hiaskan dengan bunga, reben, belon mengikut kreativiti anda. Anda boleh mengajak ahli keluarga lain buat bersama. Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.
3. Memakai baju tema dengan aksesori parti
Anda boleh berpakat dengan ahli keluarga untuk memakai pakaian mengikut tema di hari yang istimewa. Lebih mudah jika anda menentukan tema berdasarkan warna. Mahu tambah keseronokan, pakailah aksesori parti yang comel bersama keluarga.
4. Sediakan kek dan manisan
Kek dan manisan antara makanan wajib ada pada hari istimewa. Anda perlu sediakan kek dan manisan yang disukai oleh ahli keluarga. Apa kata anda hasilkannya bersama keluarga di rumah? Boleh dijadikan sebagai kenangan terindah.
5. Juadah yang sedap dan pelbagai
Sambutan hari yang istimewa tidak lengkap tanpa juadah istimewa. Jika mahu menyambut hari yang istimewa bersama keluarga di rumah, anda hanya perlu ada juadah yang sedap dan pelbagai. Makan ramai-ramai barulah seronok!
LEBIH MUDAH JIKA PESAN PAKEJ PARTIES @ HOME BERSAMA McDONALD’s!
Susah sebenarnya nak penuhi selera seluruh ahli keluarga dalam satu masa. Tapi, semuanya lebih mudah jika anda memesan melalui McDonald’s kerana mereka mempunyai pakej Parties @ Home. Anda hanya perlu memesan secara dalam talian dan mereka akan hantar sampai ke rumah.
Harga pakej Parties @ Home juga sangat berpatutan dan berbaloi! Ditampilkan dengan dua pilihan pakej iaitu pakej A dan pakej B, anda tidak perlu bersusah-payah pilih menu satu per satu. Dalam satu pakej pun dah ada banyak menu. Yang penting, anak-anak suka!
Anda nak menyambut hari lahir untuk si kecil? Wajib pesan pakej Parties @ Home oleh McDonald’s kerana bagi setiap pakej, anda akan menerima aksesori parti hari lahir dan hadiah hari lahir secara percuma. Anak anda pasti gembira!
Anda tak semestinya memesan pakej Parties @ Home bila menyambut hari istimewa saja tau. Anda boleh juga memesannya pada hari biasa kerana ada pilihan untuk tidak mengambil aksesori parti. Nak tambah makanan lain dari McCafe pun boleh, tiada masalah!
Parties @ Home oleh McDonald’s bukan untuk kanak-kanak saja tau, untuk suami atau isteri tersayang juga boleh. Senang cerita, sesiapa pun boleh memesannya! Pesanan juga sangat mudah dibuat melalui McD App.
Menarik bukan? Jom pesan McDonald’s sekarang dan eratkan hubungan kekeluargaan di rumah dengan pakej Parties @ Home.
Semoga anda sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan selamat. Teruskan duduk di rumah. Biarkan McDonald’s bawa kemeriahan ke rumah anda. Begitu mudah dengan McDelivery saja!
Untuk info lebih lanjut tentang pakej Parties @ Home oleh McDonald’s, klik sini.