Sihat

Badan Penting Untuk Jangka Masa Lama, Ini Petua Sihat Dalaman Wanita, Boleh Try Di Rumah!

4
SHARES
dalaman wanita

Menjadi seorang wanita banyak yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah bahagian dalaman wanita. Ini kerana tubuh badan perlu dijaga kerana ia penting untuk jangka masa yang panjang. Justeru itu, seorang wanita perlu mempunyai kesihatan luaran dan juga dalaman yang sihat demi kebaikan dirinya.

Penting untuk para wanita amalkan petua sihat dalaman supaya ia terjaga. Bukan itu sahaja, petua sihat ini bukan sahaja dapat memperbaik pulih bahagian dalaman wanita, namun turut meninggalkan mereka dengan rasa kesegaran maksimum selepas diambil. Jom ikuti penulis mengenai 4 petua sihat dalaman wanita, semua boleh cuba di rumah!

Baca juga: Wah! Lebih Dari 20 Tips Kesihatan Untuk Para Wanita, Jom Kita Amalkan Supaya Sihat Luar Dan Dalam

4 PETUA SIHAT DALAMAN WANITA, MUDAH DAN ‘SIMPLE’

1. Rebusan Serai dan Halia

Rebusan ini seeloknya diamalkan seminggu 2 atau 3 kali. Ia sesuai diamalkan kepada wanita yang sentiasa letih dan berasa lenguh badan. Selain itu, sesiapa yang mempunyai kolesterol tinggi dan sakit urat saraf juga sesuai minum rebusan serai dan halia ini! Anda disarankan minum selepas makan di siang hari.

Cara penyediaan:

  1. Ketuk 3 batang serai dan 4 cm halia @ 2 ketul.
  2. Kemudian, rebus kedua bahan ini dengan 3 gelas air sehingga ia menjadi 1 gelas air.
  3. Apabila air rebusan sudah suam, anda dah boleh minum!

2. Rebusan Sireh

dalaman wanita

Rebusan ini dapat menghilangkan bau badan selain mempulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal tubuh. Jadi, jika anda salah seorang daripada kategori ini, boleh cuba untuk minum setiap seminggu atau sepuluh hari sekali.

Cara penyediaan:

  1. Ambil daun sireh 3 ke 5 helai.
  2. Kemudian, rebus kedua bahan ini dengan 3 gelas air sehingga ia menjadi 1 gelas air.
  3. Boleh juga jika anda mahu mencampurkan air rebusan dengan bunga cengkih 3 kuntum
  4. Apabila air rebusan sudah suam, anda dah boleh minum!

3. Rebusan Sireh dan Daun Inai

dalaman wanita

Rebusan ini sesuai dipraktikkan untuk perempuan yang mempunyai keputihan dan lendiran yang banyak. Malah, jika keputihan berbau, anda juga boleh amalkan petua ini. Digalakkan untuk mengambil air rebusan ini selepas haid.

Cara penyediaan:

  1. Ambil daun sireh 3 ke 5 helai.
  2. Kemudian, ambil juga segenggam daun inai.
  3. Seterusnya, rebus kedua bahan ini dengan 3 gelas air sehingga ia menjadi 1 gelas air.
  4. Apabila air rebusan sudah suam, anda dah boleh minum!

4. Rebusan Halia, Serai, Cengkih dan Kunyit

dalaman wanita

Rebusan ini membantu mewangikan bahagian kewanitaan anda sekaligus menyegarkan badan. Selain itu, ia juga boleh membuang toksik dan lemak dalam tubuh. Air rebusan ini seeloknya diminum setiap kali sebelum atau selepas haid.

Cara penyediaan:

  1. Ketuk 2 atau 3 batang serai, 3 cm halia (tua/muda) dan 2 cm kunyit.
  2. Kemudian, masukkan juga sedikit kulit kayu manis / bunga cengkih / bunga lawang. 
  3. Ambil sehelai daun pandan dan tambah sedikit gula batu dan anda sudah boleh mula merebus. (Boleh juga gantikan gula batu dengan madu jika suka)
  4. Apabila air rebusan sudah suam, anda dah boleh minum!

Keempat-empat air rebusan ini janganlah pula diambil setiap hari, tapi ikut saranan yang telah disyorkan. Anda boleh aturkan mengikut keperluan badan sendiri. Petua sihat dalaman wanita ini mempunyai banyak khasiat seperti menjaga dalaman badan, menyegarkan urat saraf dan juga membuang toksik serta lemak. Jadi, selamat mencuba!

Sumber: Facebook Suhadah Mustahar via Masak Apa Hari NI (MAHN)

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×