Deko & Hias

Geramnya semua tanaman tak menjadi! Usah Risau, Cuba Petua Pokok Bunga Meriah Ini

2
SHARES
pokok bunga meriah

Pasti setiap peminat pokok bunga pernah mengalami situasi yang menyakitkan hati ini apabila tanaman mereka tidak berbunga seperti yang diinginkan. Berkali-kali cuba tapi pokok masih tidak begitu berbunga. Usah risau, sebenarnya ada petuanya tersendiri untuk pokok bunga meriah ini.

Sama seperti masakan yang mempunyai resipi rahsia, ada formulanya untuk jadikan pokok berbunga lebih meriah. Petuanya sangat ‘simple’. Tanam pokok bunga ini memang perlukan kesabaran yang tinggi tetapi selain itu, ‘rempahnya’ juga penting agar ia tumbuh meriah dan sihat. Ikuti perkongsian penulis mengenai petua pokok bunga meriah!

Baca juga: Nak ‘Fresh Flowers’ Tahan Lebih Lama? Ini Tips Anda Wajib Cuba!

PETUA POKOK BUNGA MERIAH

pokok bunga meriah

Bahan-bahan:

  • 1 botol Yakult
  • 2 biji telur ayam
  • Botol air mineral sebanyak 500 ml

Cara penyediaan:

1. Peram ketiga-tiga bahan ini selama 3 hari minimum atau lebih lama lagi bagus.

2. Jika hendak menggunakannya, goncang dahulu botol itu supaya campurannya sebati. Selepas itu, tuang dalam baldi bersama air sebanyak 2 liter.

3. Ingat, siram hanya di batang pokok sahaja mengikut sukatan sendiri. Ketika menyiram, berbuallah manja bersama pokok kesayangan anda!

4. Hasilnya boleh dilihat dalam masa 2 atau 3 minggu selepas menyiram baju yakult itu!

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa punca kepada permasalahan pokok bunga tidak berbunga meriah ini. Antaranya ialah:

  • Pokok bunga anda tidak mendapat sinaran cahaya matahari yang mencukupi. Pokok bunga yang tumbuh sihat dan subur memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam sinaran cahaya matahari penuh.

pokok bunga meriah

pokok bunga meriah

  • Pokok bunga anda tidak mendapat nutrien yang sepatutnya. Pokok bunga memerlukan bahan pemakanan di dalam nisbah NPK 5 : 5 : 5.
  • Medium  tanaman pokok bunga anda mengandungi pH yang terlalu tinggi ataupun rendah. Ini akan menyebabkan pokok bunga tidak dapat menyerap nutrien yang ada disebabkan tiada makanan.

Jadi dah tahu kan cara nak meriahkan pokok bunga anda? Guna petua ‘simple’ di atas pasti pokok akan berbunga meriah. Penting juga untuk anda lihat punca ia tidak berbunga meriah. Hati pun senang lepas ini jika nak bertanam membayangkan bunga pokok yang akan meriah. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Berkebun Di Rumah & BAJA Organik 100% Mudah, sihat Dan Selamat

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×