Deko & Hias

Cara Buat Baja Yakult Dan Telur Paling Simple. Lepas Seminggu, Pokok Makin Gemuk

2K
SHARES
cara buat baja yakult dan telur

Sejak musim PKP ni dah makin ramai yang minat berkebun.

Mestilah seronok bila tengok tanaman makin sihat dan membesar.

Sebenarnya ada macam-macam jenis baja yang kita boleh gunakan untuk menggalakkan pertumbuhan pokok dengan jayanya.

Ada juga jenis baja yang kita boleh buat sendiri dekat rumah menggunakan bahan mudah je. Hasilnya pun cukup memuaskan!

Jom kita tengok cara buat baja yakult dan telur yang dikongsikan oleh Puan Muniyati Mohamad ini.

Cara Buat Baja Yakult Dan Telur

Cara buat baja Yakult dan telur ni mudah sangat.

Segala jenis pokok boleh kita siram guna baja ni. Tak kiralah pokok bunga, pokok sayuran, atau pokok buah-buahan.

Cuma perlu spray atau siram ke tanah saja. Kekerapan tu bergantung pada kerajinan masing-masing.

[ Baca juga : Elak Diserang Ulat, Ini Tips Tanam Bayam Brazil Sihat Merimbun! ]

Lepas seminggu saya spray baja Yakult dan telur ni, daun dia mak aii besar gedabakk! Pucuk pun naik mencacak. Bunga makin meriah, buah-buahan pun gemuk-gemuk belaka. Alhamdulillah.

Jom saya kongsikan cara buat baja Yakult ni ya.

Bahan-bahan

  • 1 botol Yakult
  • 2 biji telur

Nota:

Telur tu tak kisah saiz apa. Kalau nak buat kuantiti banyak, ikut je nisbah 1:2 tu ya.

Contohnya dalam gambar dekat bawah ni saya guna 3 botol Yakult. Jadi kita guna 6 biji telur.

Faham kan?

Cara-cara

1. Campurkan Telur & Yakult

Mula-mula campurkan 2 biji telur dengan 1 botol Yakult tu dalam satu bekas yang kita boleh tutup rapat.

Bila dah campur, kita goncang-goncangkan bagi sebati.

2. Peram

Peramkan campuran tadi selama 3 hari.

Campuran ini akan jadi pati baja kita tu nanti.

3. Campurkan Air

Lepas dah 3 hari bolehlah ambil 2-3 sudu daripada peraman tu dan campurkan dengan 1 liter air.

Lagi best kalau dapat campur dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras.

Tapi kalau tak ada, bubuh air paip pon boleh.

cara buat baja yakult dan telur

4. Spray

Bila dah masukkan dalam botol spray tu, lebihan baki peraman tu boleh simpan dalam peti ais.

Seeloknya labelkan supaya tak ada orang yang tersilap minum pulak nanti ya!

Kalau nak siram ke tanah pon sama juga langkahnya.

Campur dengan air lepas tu baru siram.

cara buat baja yakult dan telur

Memang Menjadi, Cubalah!

Saya selalunya spray baja Yakult dan telur ni masa pagi-pagi.

Untuk pokok bunga selalunya saya spray, kalau pokok sayur tu saya siram je terus ke tanah.

Tapi kalau indoor plant saya tak letak sebab bau baja Yakult dan telur ni masam sikit.

Jadi, bagi saya lebih sesuai untuk tanaman yang dekat luar.

Inilah antara hasil siraman dan spray baja Yakult tu.

Pokok sayur boleh.

Buah limau.

Mudah je kan?

So, lepas ni bolehlah buat baja Yakult ni dekat rumah dan lihat hasilnya lepas seminggu.

Insha Allah pokok akan membesar dengan jayanya.

[ Baca juga : Cara Tanam Nenas Teknik Belahan Jambul, Satu Jambul Boleh Dapat 4 Anak Pokok! ]

Selamat mencuba!

*Cara buat baja Yakult dan telur ini dikongsikan oleh Puan Muniyati Mohamad melalui Facebook Group Berkebun Di Rumah. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×