Deko & Hias

Cara Tanam Nenas Teknik Belahan Jambul, Satu Jambul Boleh Dapat 4 Anak Pokok!

1.4K
SHARES

Siapa di sini yang merupakan peminat buah nenas? Mempunyai rasa yang masam-masa manis, buah nenas bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah sesuai dijadikan bahan sampingan dalam masakan. Masakan seperti asam rebus, pajeri dan kerabu adalah antara yang sesuai digandingkan bersama buah ini kerana dapat memberi rasa yang lebih manis.

Jadi, tak salah untuk anda tanam sendiri buah nenas ini di rumah supaya lebih mudah untuk ada ‘stok’ di masa akan datang. Dengan menggunakan teknik belahan jambul, yang menariknya adalah dengan satu belahan jambul anda boleh dapat sebanyak 4 anak pokok sekaligus! Barulah banyak buah nenas yang terhasil nanti kan?

CARA TANAM NENAS TEKNIK BELAHAN JAMBUL

1. Ambil jambul nenas, buang sedikit daun-daun pada pangkal. Kemudian belah empat, potong sikit pucuk daun seperti dalam gambar lalu terus tanam.

2. Dari empat jambul dapat 16 semaian. Bermakna 16 pokok akan muncul. Tak perlu siram hari-hari untuk elak jambul busuk.

3. Dah nampak anak pokok dari jambul nenas yang dibelah empat. Selepas dua minggu akan nampak mata tunas pada celah daun. Ini anak pokok berusia sebulan lebih.

4. Anak-anak pokok usia lebih kurang empat bulan dari tarikh belahan. Boleh tanam dalam polibeg atau bekas yang sesuai. Letak ditempat yang panas sepenuhnya. Ini baru sekali baja dari baja kopi Amino beli di kedai rm2.

Sumber: Siti Samsiah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×