Inspirasi

“Bayar Mahal Pergi Haji Untuk Hidup Susah” Tiada Beza Bayar 10 Atau 100 Ribu!

37
SHARES
pergi haji

Individu yang sudah menunaikan haji, pastinya banyak pengalaman berharga yang dialami sehingga rindu untuk melaksanakan ibadah itu lagi. Sebagaimana kisah pergi Haji yang dikongsikan Yusri Jamal ini, berkenaan konteks ‘Bayar Mahal untuk Hidup Susah’ yang ditulisnya untuk manfaat pembaca.

Di mana, sepanjang perjalanan Hajinya mutawif sering mengingatkan, “bayar mahal untuk hidup susah”. Hal ini kerana, realitinya bila sampai ke Arafah-Muzdalifah-Mina, tiada lagi beza antara yang 10k atau 100k.

Baca juga: Elak Kena Sihir Masa Makan Di Luar, Amalkan Baca Doa Ini

PERGI HAJI

pergi haji

Gambar: Yusri Jamal

Nota Haji 4: Bayar Mahal untuk Hidup Susah

1. Saya pergi haji di bawah pakej PJH, maknanya kos paling rendah dalam 45k untuk 46 hari. Ada JH yang bayar sampai 100, 200k juga, ini geng VVIP.

Roommate saya pun ketua pengarah, pengarah, orang minyak dan sebagainya. Ada top gun (tak perlu disebut) dalam kerajaan pun bersama pakej kami. Geng-geng berduitlah kira.

2. Mula-mula saya rasa macam tak puas haji VIP ini, tak “feel”. Ikutkan hati macam tak syok nak join pakej, tapi kita mengiring mak, apa yang selesa untuk dialah.

Sepanjang perjalanan Haji, mutawif sering mengingatkan, kita ini “bayar mahal untuk hidup susah”. Sebab realitinya bila sampai ke Arafah-Muzdalifah-Mina, tiada lagi beza antara yang 10k atau 100k.

Bersesak tidur bahu ke bahu dengan orang sebelah, katil tak cukup, khemah terbakar (ya ini berlaku), bas lambat, jalan tutup, beratur toilet panjang, semuanya sebahagian daripada ujian haji.

3. Pernah sembang dengan rakan mutawif, dia sebut selalunya pakej mahal yang banyak ujian tak disangka. Begitulah Allah maha adil, you cannot buy your way to heaven.

Baca juga: Habis Je Beri Salam Sesudah Solat Terus Sapu Muka, Ada Ke Hadis Nabi Buat?

Baca juga: Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia, Kenali Sisi Jutawan ‘Low Profile’ Ini!

4. Ceritanya malam pertama kami di Mina, ada sekumpulan yang minta nak balik ke Mekah disebabkan masalah-masalah di atas (rujuk 2).

Dalam perjalanan balik, ditakdirkan bas tak boleh masuk ke kawasan Mina jadi kami perlu hike sejam merentasi dua terowong, total 3km naik bukit. Ada yang cramp, ada yang naik wheelchair.

Mungkin ini kaffarah atas sebab melarikan diri daripada kesusahan.

5. Malam kedua semua reda tidur di Mina. Ada yang tidur tepi kaki lima, tidur atas kerusi, tak tidur, dan macam-macam posisi lagi.

Tak ada komplen lagi dah. Begitulah tarbiyyah Mina.

6. Secara peribadi saya seronok di sini, sebab dah biasa bermabit, tidur berlaga bahu, beratur tunggu toilet. Sebagai ekstrovert, kita bertenaga bila dikelilingi ramai orang hehe.

Tapi siapa yang tak biasa tu, biasakanlah jika nak pergi haji. Boleh cuba hiking dan bermabit untuk tahu what to expect.

Baca juga:

Nota penulis:

Berdasarkan laman portal Tabung Haji (TH), PJH ialah Lesen Pengelola Jemaah Haji. Ia merupakan perkhidmatan pakej haji ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan Bumiputera Muslim yang telah diberikan lesen oleh TH.

Baca juga: 5 Filem Ini Bangkitkan Isu Pengabaian Kanak-Kanak, Sediakan Tisu Siap-Siap!

Sumber: Yusri Jamal

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×