Asuh

5 Filem Ini Bangkitkan Isu Pengabaian Kanak-Kanak, Sediakan Tisu Siap-Siap!

18
SHARES
pengabaian kanak-kanak

Kes pengabaian kanak-kanak bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di mana-mana sahaja ceruk dunia. Lantas, permasalahan ini diangkat dalam filem untuk menekankan bahawa ia bukanlah isu yang boleh dipandang ringan.

Secara tak langsung, penayangan filem pengabaian kanak-kanak ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya melindungi insan lemah seperti anak kecil. Justeru itu, di bawah terdapat 5 buah filem berkisarkan pengabaian kanak-kanak dari pelbagai negara yang berbeza.

Baca juga: Ibu Sering Rasa Bersalah (Mom Guilt) Pada Anak, Boleh Dapat Gangguan Mental!

PENGABAIAN KANAK-KANAK: SENARAI FILEM

pengabaian kanak-kanak

1. Mother (2020) – Jepun

Mother mengisahkan budak lelaki berusia 8 tahun yang menetap bersama ibunya yang merupakan kaki judi, kaki arak dan tidak bekerja.

Fokus utama filem ini ialah bagaimana sejak kecil, kanak-kanak itu telah dikongkong secara psikologi oleh perangai ibunya yang tidak menentu dan kesannya sepanjang proses pembesarannya dan peremajaannya.

Pelbagai perasaan akan anda alami semasa menonton filem ini, namun tiada satu pun perasaan yang baik. Filem ini sangat sedih lagi menyedihkan.

Boleh tonton di Netflix.

pengabaian kanak-kanak

2. Highway (2014) – India

Ia mengisahkan tentang seorang wanita muda yang menemui kebebasan selepas diculik sehingga tidak mahu kembali kepada keluarganya.

Mangsa penculikan berasa selesa dengan penculiknya dan mengaku dia telah didera secara seksual oleh bapa saudaranya ketika berusia sembilan tahun beberapa kali. Bagi mangsa, penculikan itu sebagai satu rahmat baginya.

Tanpa disangka, penculik tersebut juga pernah berada dalam situasi yang sama ketika kecil. Di mana, bapa penculik pernah menderanya yang masih kecil sehingga dia melarikan diri dan tidak pernah kembali.

Anda boleh tonton cerita ini di Hotstar.

Baca juga: Ini 9 Kesalahan Remeh ‘Parents’ Sering Buat, Saat Baca Buku Pada Anak!

penderaan kanak-kanak

3. Let Him Go (2020) – Amerika Syarikat

Kisah pasangan datuk dan nenek dalam misi menyelamatkan cucu dan bekas menantunya yang disyaki menjadi mangsa penderaan setelah berkahwin baru. Di mana, si nenek pernah melihat cucu dan bekas menantunya dipukul oleh lelaki tersebut tanpa rasa bersalah.

Kehilangan cucu dan bekas menantunya secara tiba-tiba tanpa dikesan, membuatkan pasangan tersebut menjalankan misi pencarian setelah sedar mereka dalam bahaya.

Sebelum itu, pasangan tersebut telah kematian anak lelakinya akibat kemalangan menunggang kuda dan meninggalkan seorang balu bersama anak kecil berusia 3 tahun.

Anda boleh cari cerita ini di Google untuk menonton dalam talian.

penderaan kanak-kanak

4. Boses (2013) – Filipina

Filem Boses mengisahkan seorang budak lelaki yang tidak boleh bercakap mahupun menjerit terhadap kezaliman yang dilakukan oleh bapanya selama bertahun-tahun. Kemudian, budak tersebut diselamatkan oleh jiran tetangga dan dibawa ke pusat perlindungan kanak-kanak mangsa penderaan.

Di penempatan itu, budak lelaki tersebut telah bertemu dengan seorang pemain biola. Kemudiannya, lelaki itu mengajar kanak-kanak tersebut bermain biola setelah sedar akan bakat semula jadinya.

Pengakhirannya, adakah budak lelaki tersebut akan memaafkan bapa kejamnya yang telah dipulihkan? Dan adakah dia boleh bercakap semula?

Cari cerita ini di Google untuk menonton dalam talian.

penderaan kanak-kanak

5. My First Client (2019) – Korea Selatan

Berdasarkan kisah realiti sebenar (tahun 2013), seorang wanita dari daerah Chilgok, Gyeongsang Utara, dengan kejam menyeksa anak-anak tirinya.

Wanita tersebut memaksa anak tirinya (kakak) untuk mengaku membunuh adik lelakinya sendiri yang mati didera. Di mana, penderaan tersebut sebenarnya dilakukan oleh si ibu tiri.

Kes ini telah mengejutkan seluruh negara, mencetuskan perdebatan dan akhirnya menghasilkan undang-undang khas mengenai penderaan kanak-kanak pada tahun berikutnya.

Anda boleh cari cerita ini di Google untuk menonton dalam talian.

Baca juga: Tips Jadi Ayah Yang Hebat Ada 10, Anak-Anak Memanjang Je Nak ‘Melekat’!

Sumber: Kakimuvee / IMDb / Awesome Blog / Wayang Kini / Wikipedia

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×