Dapur

Resepi Pau Kampung Kukus, Gebu & Elok Kejadiannya Jika Guna Tepung Ini

51
SHARES
PAU KUKUS

Pau kukus antara juadah yang digemari ramai tanpa mengira usia dan ia juga sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja. Selain membelinya di luar, anda juga boleh cuba membuat sendiri di rumah.

Menurut Fierah Zulaikha di laman Facebooknya, resepi pau kukus yang dikongsikan itu sesuai untuk semua jenis inti mengikut cita rasa masing-masing. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Puding Triffle Dalam Cup, Layer Macam Ini Baru Cantik!

PAU KUKUS BUAT SENDIRI DI RUMAH, GEBU & SEDAP

PAU KUKUS

Resepi pau ini sangat gebu dan sesuai untuk semua jenis inti.

Bahan-bahan:

  • 250g tepung pau jenama Bluekey
  • 50g gula halus
  • 2g garam halus
  • 15g shortening
  • 3g yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3g magic improver atau bread softener biasa
  • Air suhu biasa secukupnya

Cara-cara penyediaan: 

1. Masukkan semua bahan kering kecuali yis ke dalam bekas.

2. Sebatikan dan masukkan air secukupnya serta yis.

3. Uli doh sehingga elastik dan selepas itu, bahagikan doh kepada berat 40-50g.

4. Bulat dan rehatkan doh selama 5 minit.

5. Setelah 5 minit, boleh mula bentukkan doh seperti pau.

6. Selanjutnya, perap sekejap selama 25 minit.

7. Sebelum anda mula mengukus pau, panaskan air terlebih dahulu.

8. Setelah panas, kukus selama 15-18 minit atau sehingga masak.

Permukaan pau akan bertukar licin dan berkilat sekiranya sudah masak.

Keluarkan pau dan sedia untuk dihidangkan.

Sedap, gebu dan menjadi elok. Selamat mencuba!

Baca juga: Tips Pilih Buah Epal Manis & Rangup, Confirm Tak Kecewa!

Sumber: Facebook Fierah Zulaikha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×