Nampaknya, kes pukul melibatkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman terus mencuri perhatian. Hal ini kerana, ramai menganggap tindakan terhadap pakcik OKU tersebut adalah sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Terbaharu, seorang lelaki yang merupakan suspek kelima yang dipercayai terlibat dalam kes pukul pakcik OKU ini direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Baca juga: Kronologi Insiden Menyayat Hati Pakcik OKU Dipukul & Diheret Di Pasar Tani, Tergamaknya Manusia..
PAKCIK OKU DIKATAKAN TIMBUL KEKECOHAN TERLEBIH DAHULU?

Tangkap layar video.
Perintah reman sehingga Rabu itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin, bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.30 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
“Setakat ini, lima lelaki berusia 18 tahun hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes ini. Tiga saksi awam turut dipanggil untuk diambil keterangan dan polis melakukan siasatan secara telus serta akan mengambil tindakan kepada individu terlibat,” katanya.
PAKCIK YANG CETUS KEKECOHAN DULU?
Ada kisah lain pulak ke? Terjumpa video ni di Instagram tadi…. pic.twitter.com/lkXWutlpSh
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 19, 2025
Namun, ada laporan video terbaharu dari laman X MyNewsHub, mengatakan bahawa pakcik OKU tersebut terlebih dahulu menunggang motosikal secara berbahaya di sekitar kawasan pasar tani.
“Cerita sebenar sebelum kejadian, OKU tersebut membawa motosikal secara berbahaya dalam kawasan pasar tani. Apabila ditegur, yang ditegur pulak dimaki beserta ugutan 20 round speed run di dalam pasar tani.
Pada round ketiga speed run, pakcik OKU tersebut hampir terlanggar anak kecil yang merupakan salah seorang anak dari pengunjung pasar tani. Pengunjung lain cuba menahan dan ada yang terajang motosikal lalu terbabas ke gerai peniaga dan membuat kekecohan memaki hamun pengunjung dan cuba untuk melarikan diri. Di sini, dia dipukul beramai-ramai oleh pengunjung yang hampir dilanggar.
Dekat sini dah ada dua kesalahan, hakikatnya walaupun OKU, tetapi membahayakan nyawa orang ramai tidak sepatutnya dibiarkan bebas tanpa pengawasan. Satu lagi, yang memukul pun salah juga..” kata dalam kenyataan tersebut.
Media sebelum ini melaporan, lelaki OKU berusia 47 tahun itu cedera dipukul beberapa individu selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar salah sebuah gerai jualan di pasar tani itu menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah.
*Jika benar kisah ‘plot twist’ tersebut, apakah hak anda untuk memukul dan mengheret mangsa seperti berada di zaman jahilliah?
Baca juga: Mak Ayah Ada Anak OKU Layak Mohon Road Tax Percuma, Ini Caranya
Sumber: Utusan Malaysia, MyNewsHub