Asuh

MUHAMMAD Jadi Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England & Wales, Atasi Noah & Oliver!

14
SHARES
nama Muhammad

Awal hari ini, media tempatan melaporkan bahawa nama Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lepas.

Di mana, dengan lebih 4,600 bayi lelaki telah berdaftar dengan nama itu seperti dilaporkan Agensi Anadolu (AA) yang memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).

Baca juga: Islam Melarang Lakukan ‘Hubungan Kelamin’ Pada Awal, Tengah & Akhir Setiap Bulan? Ini Kata Mufti

NAMA MUHAMMAD PALING POPULAR DI ENGLAND

nama Muhammad

Gambar: studioredcup

Muhammad telah menjadi nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh ONS pada Khamis. Di mana, nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.

Muhammad dan Noah diikuti oleh Oliver sebagai nama pilihan ketiga paling popular bagi bayi lelaki, menurut angka ONS.

Bagi bayi perempuan, Olivia kekal sebagai pilihan utama, diikuti oleh Amelia dan Isla yang tidak berubah sejak 2022. – BERNAMA

Baca juga: 5 Doa Suami Isteri Ketika Bersetubuh, Ingat Keluar Air Mani Kena Baca Doa No. 3!

Nota penulis

Allah SWT telah menyebutkan di dalam al-Quran ada dua nama daripada nama-nama Nabi SAW iaitu Ahmad dan Muhammad.

Sebelum zaman kelahiran Baginda, Allah SWT telah menjaga nama tersebut daripada digunakan dan nama Muhammad adalah salah satu nama Baginda yang paling masyhur antara kedua-dua nama ini.

Menurut sumber, tidak ada seorang pun bangsa Arab mahupun bangsa lain yang menggunakan nama tersebut sebelum Baginda lahir, melainkan setelah tersebar khabar berita bahawa nabi yang akan diutuskan ini namanya Muhammad.

Baca juga: 180 ‘List’ Nama Bayi Lelaki Islam 3 Perkataan Dalam Al-Quran, Dari Huruf A-Z!

Sumber: Sinar Harian / portal Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: KamranAydinov

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×