Percutian

Bila Naik Kapal Terbang Jangan Pakai Macam No.9, Boleh Kena Tahan!

32
SHARES
NAIK KAPAL TERBANG

“Aduh risaunya nak naik kapal terbang.”

Setiap kali hendak menaiki kapal terbang, pasti pelbagai perkara bermain di fikiran kerana risau ‘tidak lepas’ atau ditahan. Sebenarnya, jika anda tidak melakukan sebarang kesalahan, pasti dibenarkan masuk.

Namun, ada beberapa perkara perlu dititikberatkan ketika naik kapal terbang seperti perkongsian di bawah. 10 perkara ini jangan ambil berat!

Baca juga: Cara Tambah Akaun Enterprise Dalam Aplikasi MAE Maybank, Lebih Senang!

NAIK KAPAL TERBANG PASTIKAN JANGAN BUAT 10 PERKARA INI

NAIK KAPAL TERBANG

1. Kasut tumit tinggi

Kasut tumit tinggi boleh menyebabkan tumit sakit kerama memberi tekanan kepada kaki. Ia juga akan memperlahankan pergerakan anda semasa membawa bagasi dan boleh mengakibatkan kecederaan.

Jadi, pakai kasut bersesuian agar sebarang perkara tidak diingini dapat dielakkan.

2. Pilih fabrik bersesuaian

Sekiranya anda memilih untuk memakai pakaian tebal seperti baju sejuk, pilih fabrik bersesuian supaya lebih selesa dan tidak terlalu panas.

3. Pakaian baru yang tidak sesuai

Walaupun anda terlalu teruja dengan percutian tersebut namun tidak perlu memakai pakaian baharu yang terlalu ‘over’. Baju tersebut boleh dipakai setibanya anda di destinasi hendak dituju.

4. Selipar

Memakai selipar bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan namun ia juga tidak sesuai kerana kaki terdedah terlalu lama. Sebaiknya pakai kasut tertutup agar lebih selesa.

5. Barangan kemas

Jangan tarik perhatian orang sekeliling anda dengan memakai barangan kemas terlalu banyak. Pilih perhiasan diri yang bersesuian dan tidak terlalu mahal agar lebih selamat.

6. Terlalu wangi

Kapal terbang adalah kegunaan awam jadi ada baiknya jika penggunaan minyak wangi tidak keterlaluan. Hal ini kerana orang sekeliling mungkin jengkel dengan bau anda.

7. Memakai pakaian tebal

Walaupun penting untuk memanaskan badan namun lebih bagus sekiranya pakai baju lebih ringan tetapi berlapis agar lebih selesa.

Jangan pilih pakaian tebal dan memakainya berlapis-lapis kerana ia boleh menyebabkan anda lebih tertekan.

8. Pakaian terlalu ketat

Memakai pakaian ketat tidak menjadi masalah kerana ia buka peraturan untuk naik kapal terbang. Namun, berpakaian ketat mungkin menyebabkan anda sukar untuk bernafas dan kurang selesa.

9. Tulisan pada baju 

Pastikan anda tidak memakai pakaian yang mengandungi perkataan menyinggung perasaan seperti kutukan, penghinaan kaum, bahasa kesat dan lain-lain

Berpakaian seperti ini boleh mencetuskan pergaduhan dan anda mungkin tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang tersebut.

10. Pilih baju yang sesuai

Sebelum melakukan perjalanan, biasanya anda pasti akan menyemak keadaan cuaca destinasi ingin dituju akan tidak terkejut. Bawa baju yang bersesuian dengan cuaca pada ketika itu.

Dinasihatkan agar tidak memakai pakaian terlalu longgar kerana itu boleh menyebabkan syak wasangka oleh pekerja di sana. Anda mungkin dianggap membawa sesuatu yang mencurigakan.

Kesimpulannya, kalau naik kapal terbang pastikan ikut peraturan yang sudah ditetapkan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Senarai Daschcam Kereta Terbaik Di Pasaran, Pilih Yang Berkualiti!

Sumber: Story To Hear

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×