Rakyat

Penumpang Nak Bersalin, Pesawat Air Asia KL-Sandakan Dilencong Ke Miri

1.9K
SHARES

MIRI: Sebuah pesawat yang dijadualkan terbang dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada 1 September semalam terpaksa dilencongkan ke Miri gara-gara salah seorang penumpangnya mahu bersalin.

Pengurus Lapangan Terbang Miri, Zainal Abidin Harun berkata, Pesawat Air Asia AK5194 yang membawa 130 penumpang dan 6 anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang Miri pada pukul 5.28 petang apabila menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin.

Sebaik sahaja mendarat, penumpang wanita tersebut selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 5.58 petang.

Difahamkan penumpang wanita berasal dari Sandakan yang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.

Penerbangan pesawat yang dilencongkan tadi kemudiannya diteruskan ke Sandakan pada pukul 6.27 petang tanpa penumpang wanita yang telah bersalin tadi.

*Sumber foto & berita : Utusan Borneo

SL: Syabas kepada semua staf dan krew AirAsia kerana pantas bertindak demi keselamatan ibu dan bayi. Walaupun tidak dinyatakan usia kehamilan wanita tersebut, ibu mengandung kena take note ya. Biasanya setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi tertentu dalam membenarkan ibu mengandung menaiki pesawat. Tentunya hal seperti ini adalah kes di luar jangkaan. Apapun, syukur semuanya selamat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×