Asuh

5 Sebab Jangan ‘Tension’ Bila Si Kecil Bertanya Sejuta Soalan Sehari

1.8K
SHARES

“Kenapa dia terbang macam tu Babah? Kenapa dia warna kuning Babah? Kenapa dia suka duduk macam tu Babah? Kenapa? KENAPAAA?”

Secara semulajadinya anak suka belajar melalui pemerhatian dan memang mempunyai sifat ingin tahu yang amat mendalam. Setakat bertanya hal yang biasa-biasa tu tak apalah lagi nak layankan. Tapi, kalau dah sehari dekat sejuta soalan macam mana? Bukankah pening nak mencari jawapan?

5 Sebab Jangan ‘Tension’ Bila Si Kecil Bertanya Sejuta Soalan Sehari

Sebelum anda ‘naik darah’ atau rasa stres untuk menghadapi si kecil, ini 5 perkara yang perlu anda tahu.

1. Anak Suka Belajar Lebih Mendalam Tentang Topik Itu

Sebab utama anda tak perlu stres ketika anak anda bertanya terlalu banyak soalan adalah kerana kebanyakan masanya mereka bukannya mahukan jawapan yang tepat dengan serta-merta. Salah satu teknik yang boleh anda gunakan untuk ‘melengahkan’ atau mencari jawapan, adalah dengan bertanyakan soalan itu semula kepada mereka.

Contohnya: “Mama, kenapa kucing ada bulu?” Anda boleh menjawab: “Kenapa kamu rasa mereka perlukan bulu itu?”

Sementara itu, anda boleh bercerita tentang sesuatu yang mungkin berkaitan dengan topik itu. Setidak-tidaknya, mereka merasakan bahawa anda mendengar atau ‘acknowledge’ apa yang mereka tanyakan tadi.

2. Membina Keyakinan Diri

Bayangkan jika anda membentak mereka dan menganggap soalan mereka langsung tidak masuk akal. Mereka akan berasa ‘takut’ dan malas untuk berfikir tentang apa pun di sekeliling mereka lagi kerana tidak mahu diperlekehkan. Malah, mungkin mereka akan cenderung berasa rendah diri hingga ia boleh terbawa-bawa sampailah mereka mula ke sekolah nanti.

Menggalakkan keyakinan diri dalam anak kecil boleh memperkuatkan keinginan untuk terus meneroka.

Foto Kredit: mamirami.es

Foto Kredit: mamirami.es

3. Merangsang Pemikiran Di Luar Kotak

Kalau betul pun anak suka belajar lebih lagi tentang sesuatu yang ‘advanced’ untuk usia mereka, itu lebih baik kerana ia menunjukkan tahap perkembangan otak mereka. Rebecca A. Palacios, Ph.D, seorang pakar pendidikan berpendapat bahawa soalan “Kenapa” ini amat penting untuk direspon oleh ibu bapa memandangkan ia adalah kunci untuk memahami segala yang berlaku dalam dunia ini. Apabila mereka diberi jawapan, mereka akan berfikir lebih jauh lagi untuk memahami lebih dalam tentangnya. Malah, imaginasi kanak-kanak boleh merangsang mereka untuk berfikir di luar kebiasaan hingga tercetusnya idea yang bernas!

Namun, jika anda benar-benar tidak tahu jawapan kepada anak-anak, jangan pulaberbohong kepada mereka. Sebaliknya, anda mungkin boleh mencatatkan soalan yang ditanyakan tadi dan memberitahu anak bahawa anda akan mencari jawapannya. Tapi, mesti patuhi janji ya!

Lebih bagus jika senarai soalan-soalan ini dan jawapannya anda tampalkan pada peti sejuk dan sebagainya. Jadi, mereka akan sedar bahawa soalan mereka tadi amat bermanfaat. Malah, mereka boleh merujuknya semula jika mereka bertanya lagi soalan yang sama.

Foto Kredit: timecapsule.com

Foto Kredit: timecapsule.com

4. Ia Memberi Peluang Untuk Anda Mengajar

Perasan tak, semasa anak anda bertanya soalan kepada anda, mata mereka bersinar-sinar dan mulut pun ada yang terlopong untuk menantikan jawapannya?

Sebenarnya, saat ini adalah antara waktu terbaik untuk anda memberi input yang anda inginkan selama ini. Contohnya, selama ini anda asyik memberitahu mereka supaya mengemas mainan, tetapi mereka tidak mendengarnya kerana sibuk bermain. Maka, dalam jawapan anda kepada mereka nanti, bolehlah selitkan sekali unsur nasihat kerana otak mereka sedang ‘dibuka’ seluas-luasnya untuk mendengar apa yang anda bakal katakan!

Foto Kredit: understood.org

Foto Kredit: understood.org

5. Mereka Ingin Perhatian Anda

Salah satu cara komunikasi yang bayi pelajari adalah dengan menangis untuk menarik perhatian anda. Bayi bukan saja mahukan lampin yang bersih, makanan atau susu, tetapi mereka mahukan ANDA!

Menurut Dr Greene, anak kecil juga tidak banyak bezanya dengan situasi ini. Anak-anak mendapati orang dewasa akan memberi perhatian apabila mereka bertanya ‘Kenapa?’. Oleh itu, mereka suka melakukannya berulang kali kerana mereka berasa selamat dan seronok apabila mendapat perhatian sepenuhnya daripada orang yang mereka sayangi.

Foto Kredit: momswellbeing.com

Foto Kredit: momswellbeing.com

Sabar Ya, Fasa Ini Hanya Sementara

Walau sebanyak mana pun pertanyaan anak, cubalah layani dan penuhi rasa ingin tahu mereka. Percayalah, fasa ini hanya sementara dan anda tentu akan merindui suara mereka apabila mereka semakin pintar dan meningkat usia.

Maka, manfaatkanlah peluang untuk berkomunikasi dengan mereka ini sebaik mungkin sebelum mereka membawa diri dan hidup dalam dunia mereka sendiri nanti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×