Famili

Maut Dilibas Kabel Elektrik Di Tengah Jalan, Bapa Sedih Tak Sanggup Lihat Jasad Anak!

52
SHARES
maut dilibas wayar

Berbaur sedih, Hashim Ismail, 70, bapa kepada Mohd Hazri Hashim, 43, yang dipercayai maut dilibas wayar elektrik di tengah jalan sehingga mengakibatkan kecederaan di leher dalam satu kejadian baru-baru ini, tidak sanggup melihat jasad anaknya itu sehingga arwah dikapankan.

Baca juga: “Dah Masuk 3 Tahun Tak Bayar…” Lelaki Ini Pesan Jangan Bagi Pinjam Duit Kalau Tak Nak Hilang Kawan

MAUT DILIBAS WAYAR ELEKTRIK DI TENGAH JALAN

maut dilibas wayar

Gambar Kosmo: Anak sulung Mohd. Hazri, Fatin Batrisyia, 18, bersama adik-beradiknya yang lain menunjukkan gambar ayah mereka yang meninggal dunia dalam kemalangan di jalan Kulim Bukit Mertajam di Pulau Pinang.

“Saya reda namun tak sanggup lihat jasad anak hinggalah dia dikapankan,”

Demikian pengakuan Hashim ketika ditanya mengenai kecederaan dialami anaknya yang meninggal dunia dalam kemalangan sewaktu pulang dari kerja di Jalan Kulim Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

Menurut Hashim, kejadian menimpa anak sulungnya itu benar-benar mengejutkan dengan dia menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada pihak polis untuk disiasat.

“Kira-kira pukul 6 petang semalam, salah seorang cucu saya yang juga anak arwah memaklumkan dalam kumpulan WhatsApp bahawa Mohd. Hazri kemalangan. Setelah itu, salah seorang anak saya cuba menghubunginya berkali-kali namun tidak berjawab.

“Akhirnya panggilan itu diangkat oleh seorang anggota polis. Anggota polis itu kemudiannya memberitahu yang Mohd. Hazri kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mendengarkan perkara itu, saya amat terkejut kerana kebelakangan ini saya sering merasa tidak seronok, letih dan tiada selera makan. Saya ingatkan, umur saya dah sampai ke penghujung namun rupa-rupanya, dia yang pergi dulu,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Besar, Mukim Padang Hang di sini, semalam.

Baca juga: Ramai Terkesima, Butang ‘Emergency’ Petrol Pam Boleh Lapor Plat Kereta Asing Guna Minyak RON95!

Dalam kejadian pukul 5 petang Selasa yang tular di media sosial, Mohd. Hazri yang bekerja sebagai seorang kontraktor maut apabila kabel telekomunikasi di lokasi berkenaan, tiba-tiba melintang di tengah jalan akibat tersangkut pada tiang sebuah kren yang melalui kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kabel telekomunikasi yang melintang di tengah jalan itu kemudiannya terkena pada leher Mohd. Azri yang kebetulan melalui jalan itu, menyebabkannya terbabas dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Baca juga: [VIDEO] Terpaksa Batal Kahwin ‘Last Minute’, Syarikat Katering Pulang Semua Wang Termasuk Deposit Raih Pujian!

Sumber: Kosmo Online

FT Image: Penang Kini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×