Sihat

Anak Kerap Mengadu Mata Berair Dan Pedih? AWAS, Sekarang ‘Musim’ Penyakit Konjunktivitis!

1
SHARES
mata berair

Sejak kebelakangan ini, makin kerap pula anak-anak mengadu sering mengalami masalah mata berair dan pedih. Disangkakan hanya memerlukan ubat biasa namun apabila sampai ke klinik, rupanya sekarang merupakan ‘musim’ kepada penyakit yang dipanggil ‘Konjunktivitis’.

Nampak macam penyakit ini ringan sahaja tetapi ia sangat berbahaya kerana boleh berjangkit! Oleh itu, menurut perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin, berikut merupakan tanda-tanda yang mak ayah kena awasi supaya anak tidak termasuk dalam senarai pesakit di klinik.

Baca juga: Usia Muda Lagi Mata Dah Rabun, Bukan Hanya Salah Gajet Tapi Faktor Keturunan Juga!

ALAMI MATA BERAIR DAN PEDIH, WASPADA DENGAN MUSIM JANGKITAN KONJUNKTIVITIS!

mata berair

Sejak minggu lepas, ramai ibu bapa bawa anak mereka ke klinik saya dengan gejala merah dah gatal mata. Kebanyakan kes ini adalah konjunktivitis, dan ia dilaporkan sedang meningkat di seluruh negara.

Konjunktivitis terjadi apabila berlaku radang pada selaput lutsinar yang menutupi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Biasanya ia disebabkan oleh bakteria, virus atau reaksi alergi.

Gejala: Tanda-tanda konjunktivitis berbeza berdasarkan sebabnya: jangkitan bakteria, virus atau alergi (alahan). Namun, kesemua jenis lazimnya tidak akan menjejaskan penglihatan.

-Konjunktivitis bakteria : Menyebabkan mata merah, keluar cairan pekat hingga kelopak mata sering melekat. Biasanya menjejaskan sebelah mata sebelum merebak ke mata satu lagi, dan berlangsung selama seminggu.

-Konjunktivitis virus: Menyebabkan mata merah dan mata berair. Biasanya menjejaskan sebelah mata dan merebak ke mata satu lagi, tetapi boleh berlangsung selama 2 minggu atau lebih.

-Konjunktivitis alergi: Pula menyebabkan mata merah, gatal, dan sentiasa berair. Biasanya kedua-dua belah mata terlibat serentak, dan boleh diiringi selsema dan gatal hidung. Ia boleh berlaku dalam tempoh panjang.

RAWATAN KONJUNKTIVITIS

mata berair

Ia bergantung kepada penyebabnya. Punca dan jenis konjunktivitis akan menentukan rawatan yang perlu diberi.

1.Konjunktivitis bakteria : biasanya dirawat dengan antibiotik dalam bentuk titisan atau salap mata. Mencuci mata juga boleh membantu.

2.Konjunktivitis virus : tidak memerlukan rawatan khusus, tetapi mencuci mata dan titisan antibiotik boleh membantu mencegah jangkitan kedua.

3.Konjunktivitis alergi: Mungkin memerlukan penggunaan ubat alahan dalam bentuk oral untuk mengurangkan ketidakselesaan.

Langkah pencegahan: Konjunktivitis bakteria atau virus mudah menular, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Untuk mencegah penularan:

-Elakkan daripada menyentuh mata yang dijangkiti

-Cuci tangan anda dengan kerap, terutamanya selepas menyentuh mata

-Elakkan pergi ke tempat yang sesak hantar anak ke sekolah selagi bergejala

-Jangan berkongsi tuala muka, kosmetik, atau ubat titis mata.

-Buang semua ubat titis mata selepas anak anda sembuh.

*Semoga bermanfaat! Awasi anak-anak di dalam musim penyakit ini ya!

Baca juga: 7 Benda Ini Sahaja Yang ‘Approved’ Untuk Dimasukkan Ke Dalam Vagina, Barulah Miss V Sihat!

Sumber: Twitter Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Feature image: MyMed.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×