Asuh

Bukan Sekadar Cerita Kosong, Tapi Ada Manfaat Dongeng Buat Anak Kecil Di Rumah!

19
SHARES
manfaat dongeng

Kisah dongeng boleh didapati sama ada di sekolah, televisyen, mulut ke mulut, buku dan banyak lagi. Tapi, perasan tak semakin ramai ibu bapa yang menghalang anak menonton atau mendengar kisah dongeng ini kerana beranggapan ianya mengarut. Sebenarnya, ada manfaat dongeng untuk anak anda.

Apa yang best dengan kisah dongeng ini adalah ia merupakan dunia fantasi yang penuh dengan kuasa ajaib, sesuai untuk anak yang baru membesar. Daripada menghalang anak mendengar dan menonton kisah dongeng, lebih baik ibu bapa tahu kebaikannya kepada mereka. Ikuti perkongsian penulis mengenai manfaat dongeng buat anak kecil.

Baca juga: Paksa Suami Bacakan ‘Bedtime Stories’ Untuk Anak Kalau Nak Mereka Lebih Cerdik

MANFAAT DONGENG BUAT ANAK KECIL DI RUMAH

1. MEMBANTU MEMAHAMI LITERASI BUDAYA

Setiap kisah dongeng memiliki latar belakang budaya yang berbeza. Ini dapat membantu anak  belajar menghargai kepelbagaian budaya yang mereka tonton atau dengari melalui kisah dongeng ini. Ditambah lagi, kebanyakan kisah dongeng memainkan elemen tradisional yang boleh menambah pengetahuan baru buat anak.

2. MERANGSANG IMAGINASI

manfaat dongeng

Kisah dongeng mendorong kanak berimaginasi tinggi kerana mereka akan cuba untuk membayangkan senario yang didengari atau ditontoni. Ini bermaksud anak akan berfikir mendalam saat mendengar kisah dongeng. Contohnya, jika ibu bapa menceritakan bagaimana seseorang boleh terbang menggunakan penyapu, pasti mereka mula membayangi imej orang dan penyapu di atas awan.

3. PENTING UNTUK PERKEMBANGAN AWAL 

manfaat dongeng

Kisah dongeng penting untuk perkembangan awal anak. Jika ibu bapa kerap mendedahkan kisah dongeng kepada anak, ia akan meningkatkan tahap imaginasi dan literasi mereka sehingga otak berkembang dengan baik.

Selain itu, anak dapat belajar mengekspresikan pemikiran dan idea mereka lebih baik melalui babak dalam cerita dongeng.

Bukan itu sahaja, kosa kata anak juga akan meningkat jika menonton atau mendengar lebih banyak kisah dongeng.

4. KUATKAN DAYA TAHAN EMOSI ANAK

Kisah dongeng sering menggambarkan kehidupan ini penuh dengan cabaran dan permasalahan yang semua perlu hadapi. Ini akan mendorong anak berfikir perkara buruk boleh berlaku kepada semua orang, apa yang membezakannya adalah cara mengatasinya dari segi emosi. Justeru itu, anak akan menjadi lebih kuat saat menghadapi masa sukar di waktu akan datang.

5. AJAR PENGAJARAN MORAL

Untuk pengetahuan anda, setiap kisah dongeng mempunyai pengajaran moral yang ingin disampaikan kepada penontonnya. Oleh itu, apabila anak mendengar kisah dongeng, mereka akan mudah menyerap nilai murni yang disampaikan dalam jalan cerita itu.

6. ERATKAN IKATAN KELUARGA manfaat dongeng

Melalui cerita dongeng, ikatan yang terjalin antara ibu bapa dan anak akan menjadi lebih erat ketika mereka meluangkan masa bersama-sama.

Malah, ibu bapa juga boleh menghidupkan kembali kenangan zaman kanak-kanak mereka ketika menceritakan kisah dongeng buat anak.

Kesimpulannya, banyak manfaat dongeng untuk tumbesaran anak. Anak pasti akan menjadi lebih pintar jika terdedah dengan pelbagai jenis kisah dongeng. Sebagai ibu bapa, layankan minat anak terhadap kisah dongeng, pasti anda akan nampak perubahan mereka yang membesar dengan baik setiap hari.

Sumber: Fimela

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×