Nur

Waktu Afdal Mandi Sunat Jumaat, Jangan Bagi Alasan Tak Sempat!

15
SHARES
MANDI SUNAT JUMAAT

Islam menganggap bersuci itu separuh daripada iman. Perkara ini termasuklah dengan mandi sunat Jumaat yang boleh dilakukan sebelum menunaikan solat Jumaat.

Menerusi perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat waktu afdal untuk mandi sunat Jumaat. Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Kelebihan Dan Cara Baca Ayat Yasin 7 Mubin, Ikhtiar Untuk Segala Hajat

MANDI SUNAT JUMAAT, INI WAKTU AFDAL ANDA KENA TAHU

MANDI SUNAT JUMAAT

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الْغُسْلُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ

Maksudnya: “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh”. [Riwayat Muslim (846)]

Imam al-Nawawi mengatakan hadis di atas menunjukkan bahawa mandi sunat Jumaat adalah disyariatkan kepada sesiapa yang ingin hadir Jumaat dalam kalangan lelaki samada baligh, bayi dan mumayyiz. Kedua adalah, yang jelas (di dalam hadis ini) adalah bagi orang yang baligh.

Mandi sunat ini dianjurkan untuk melakukannya dan ditekankan kepada lelaki dan orang yang baligh. Dalam pendapat mazhab Syafie, ulama juga mengalakkan membuat mandi sunat bagi yang ingin ke solat Jumaat.

Sunat mandi pada hari Jumaat bagi mereka yang mendirikan solat Jumaat sekalipun solat tersebut tidak wajib atas mereka, seperti orang musafir, perempuan dan kanak-kanak.

Pendapat lain menjelaskan bahawa mandi pada hari Jumaat, sunat bagi sesiapa sahaja sama ada yang mendirikan solat Jumaat atau tidak.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْتِىَ الْجُمُعَةَ فَلْيَغْتَسِلْ

Maksudnya: “Sesiapa yang hendak mendirikan solat Jumaat dia hendaklah mandi”. (Riwayat Muslim (844)

Mengenai waktu mandi sunat Jumaat pula, ia bermula pada masuk azan solat Subuh. Walau bagaimanapun, mandi ketika menghampiri waktu solat Jumaat adalah lebih baik.

Hal ini kerana tujuaan mandi adalah untuk mengharumkan badan, menghilangkan peluh dan bau busuk. Jadi, Islam sangat menggalakkan untuk mandi sunat Jumaat disebabkan berhimpunnya mereka pada hari tersebut supaya tiada sesiapa terganggu dengan bau yang tidak menyenangkan.

Rasulullah SAW juga melarang makan bawang putih dan merah bagi sesiapa sahaja yang ingin menunaikan solat di masjid kerana risau bau tidak diingini mengganggu orang lain.

Jadi, dapat disimpulkan bahawa mandi pada hari Jumaat adalah disunatkan sebagaimana disebut di dalam hadis sahih di atas. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Pakai Tudung Ada Tulisan Jawi, Boleh Bawa Masuk Tandas Ke?

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & X Addien

Kredit imej: Tree Hugger

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×