Rakyat

Malaysia Akan Bina Kilang Vaksin Halal Pertama Dunia Tak Lama Lagi

115
SHARES

Wah, berita gembira buat semua rakyat Malaysia terutamanya golongan ibu bapa!

Hari ini, akhbar melaporkan bahawa kilang vaksin halal pertama di negara ini bakal dibina di Negeri Sembilan tidak lama lagi.

Fuziah Salleh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. / Foto Kredit: The Star

Usaha Menjadikan Malaysia Sebagai Pengeluar Vaksin Halal Yang Diyakini

Menurut berita, langkah ini bertujuan bagi menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar vaksin utama dunia selain meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap status halal vaksin bagi anak-anak mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata walaupun pembinaan kilang itu akan mengambil masa untuk disiapkan, ia adalah langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh kerajaan di samping meningkatkan pengeluaran vaksin untuk kegunaan dalam negara.

Ia juga akan meletakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa sebagai antara negara pengeluar vaksin yang diyakini.

“Kita harap selepas ini tidak timbul lagi isu ibu bapa yang enggan membenarkan anak mereka disuntik dengan vaksin kerana vaksin dihasilkan di kilang berkenaan adalah halal dan berkualiti,” kata beliau.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk Persatuan Doktor Islam Malaysia dan I Medik Malaysia menyarankan langkah itu dilaksana bagi melindungi kesihatan kanak-kanak daripada penyakit yang boleh dicegah seperti difteria dan campak.

Alasan tolak vaksin

Sumber: Public Health Malaysia

JAKIM Akan Turut Serta

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan pihaknya akan terbabit secara langsung dalam menentukan dan memutuskan fatwa berkaitan suntikan vaksin dan imunisasi bagi kanak-kanak yang menjadi isu hangat di kalangan ibu bapa.

Sementara itu, Fuziah berkata persoalan mengenai status halal vaksin yang digunakan ketika ini tidak sepatutnya berlaku kerana setiap vaksin yang dihasilkan ketika ini sudah melalui kajian teliti oleh pakar perubatan berkelayakan.

Tak Ada Isu Dengan Vaksin Sekarang

Dengan pelaksanaan ini, tak bermakna vaksin sekarang diragui. Sebaliknya, ia adalah langkah bagi mengelakkan isu berbangkit berkaitan vaksin hingga menyebabkan wujudnya makin ramai golongan anti vaksin.

“Tidak ada isu vaksin yang digunakan sekarang ini halal atau tidak… semuanya dihasilkan oleh pakar dan melalui kajian terperinci serta terbukti berkesan kepada kanak-kanak yang mengambilnya.

“Sebenarnya ia adalah pandangan ibu bapa yang memang menolak vaksin itu sendiri… jadi, apabila kita sudah ada kilang vaksin sendiri, perkara seperti ini tidak patut berulang,” akhiri beliau.

Tindakan Yang Wajar

Kami merasakan dah tiba masanya Malaysia mengorak langkah ke arah ini. Tapi pada masa yang sama, tindakan ini mungkin ia menyebabkan ada yang sedikit keliru dengan status halal vaksin sekarang yang telah diiktiraf oleh Mufti dan ulama pada masa ini.

Apa kata anda?

 

*Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×