Sihat

Kedah Negeri Paling Ramai Tolak Vaksin – Datuk Dr Norhizan

2.9K
SHARES

Kedah merupakan antara negeri tertinggi yang mencatatkan kes penolakan vaksin dengan 139 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 133 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Beliau berkata pada 2016 sebanyak 176 kes menolak vaksin dicatatkan.

“Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.

“Sebab lain adalah pengaruh keluarga, mengamalkan perubatan homeopati dan bimbang dengan kesan sampingan vaksin,” kata beliau menerusi laman sosial pada Khamis lalu.

Alasan tolak vaksin

Infografik oleh Public Health Malaysia

Kes Difteria

Katanya sebanyak 17 kes difteria dicatatkan di Kedah daripada 2015 hingga 2017, dengan empat kematian direkodkan.

Dr Norhizan berkata, satu kematian akibat difteria direkodkan pada 2015, dua kematian (2016) serta satu kematian (2017) dan kesemua kanak-kanak berkenaan tidak mendapat vaksinasi.

Beliau berkata tiada kes difteria dilaporkan setakat tahun ini.

Usaha Tingkatkan Imunisasi

Katanya, pihaknya melaksanakan pelbagai usaha khusus untuk kumpulan sasaran yang dikenal pasti sebagai penolak vaksin, antaranya mengadakan kumpulan sokongan dan merujuk keluarga berkenaan kepada pakar.

“Selain itu kita juga mengadakan pendekatan bersama ulamak dan masuk ke perkampungan antivaksin untuk adakan pendidikan kesihatan dan kaunseling,” katanya.

Selain Kedah, Terengganu dan Perak juga mencatatkan bilangan kes penolakan vaksin yang tinggi berbanding negeri lain di Malaysia.

Petisyen Mewajibkan Vaksinasi

Peningkatan penolakan vaksin perlu di bendung untuk mecegah penularan wabak penyakit berjangkit cegahan vaksin.

Oleh itu, banyak pihak turut menggesa kerajaan agar menjadikan imunisasi ini sebagai satu kewajiban demi mengelakkan wabak yang bahaya seperti apa yang sedang berlaku di Filipina.

Ayuh, tandatangan petisyen untuk mewajibkan vaksinasi kepada semua kanak kanak Malaysia!

https://tinyurl.com/wajibvaksin

 

*Sumber: Astro Awani, Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×