Seramai 37 guru yang juga penjaga pemeriksaan terpaksa menaiki lori Bomba untuk mengambil soalan peperiksaan Ujian Lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di bilik kebal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat, pagi tadi.
Mereka dibawa menaiki lori lima tan berikutan beberapa laluan ke sekolah itu masih dilimpahi air, tidak boleh dilalui kenderaan ringan termasuk pikap.
Baca juga: Lelaki Guna Kayu & Tanah Liat Mainan, Berjaya Sekat Air Masuk Rumah, Dipuji Ramai!
LORI BOMBA ‘JENTERA’ PENGANGKUTAN
Seramai 37 guru yang juga penjaga pemeriksaan terpaksa menaiki lori Bomba untuk mengambil soalan peperiksaan Ujian Lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di bilik kebal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat, pagi tadi.
Mereka dibawa menaiki lori lima tan berikutan beberapa laluan ke sekolah itu masih dilimpahi air, tidak boleh dilalui kenderaan ringan termasuk pikap.
Baca juga: 7 Tips Berguna Ketika Banjir Besar, Baru Tak Gelabah Rumah Masuk Air!
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, Nazah Nafi, semua guru itu berkumpul di Kampung Terbak sebelum dibawa meredah banjir.
“Seramai tiga anggota terbabit dalam operasi membawa sekumpulan guru itu untuk mengambil kertas soalan di bilik kebal di SMK Tumpat sebelum diagihkan ke SMK Geting dan SM Ugama (Arab) Meheliah Geting.
“Beberapa laluan di Pengkalan Kubor masih dilimpahi air di paras agak dalam dan tidak dapat dilalui kenderaan ringan termasuk pacuan empat roda,” katanya dihubungi, hari ini.
Nazah berkata, untuk penugasan di sekitar Wakaf Bharu, operasi pemindahan sudah tidak dijalankan memandangkan paras air semakin surut namun banyak kawasan masih digenangi air.
Baca juga: Tak Ingat Suami Ambil Syarikat Insurans Apa, Bila Kereta Rosak Ini Cara Pantas Untuk Isteri Tahu!
Sumber: Berita Harian
FT Image: Ihsan Bomba / N9 RADAR