Nampaknya peperiksaan SPM 2024 telah bermula untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu di semua negeri terjejas banjir termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti yang dijadualkan bermula 2 Disember hingga Khamis.
Namun, menjawab peperiksaan besar dalam keadaan banjir teruk ini menjadi perbualan ramai termasuk seorang peguam terkenal negara dikenali sebagai Mahmud Jumaat yang meminta Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menangguhkan SPM 2024 sehingga banjir kelihatan reda. Namun, tetap diteruskan jua…
Baca juga: Cikgu Kongsi Keadaan Terkini Calon SPM Di Tumpat, Ada Yang Tidur Berbantalkan Lengan Je…
PEPERIKSAAN SPM 2024 SESI KEDUA DIMINTA TANGGUH, RAMAI MINTA BELAS EHSAN!
Menurut Peguam Mahmud Jumaat, pada tahun 1999, peperiksaan SPM (Prinsip Akaun) pernah ditangguhkan atas sebab Pilihan Raya Umum. Peristiwa ini tidak menjejaskan nyawa dan masa depan anak-anak kita, seperti peperiksaan SPM waktu banjir ini.
Menurut beliau, kita ada alternatif lain untuk pelajar SPM yang terkesan kerana adalah tidak wajar untuk pelajar yang terkesan teruk akibat banjir perlu menduduki SPM pada waktu genting ini.
“Mungkin Yang Berhormat tidak pernah mengalami pengalaman ketika banjir. Mai nak habaq, pada tahun 2005 dahulu, sebaik sahaja tamat SPM habis rumah saya naik banjir hingga ke paras dada. Habis kesemua nota-nota SPM yang disediakan untuk menduduki SPM hanyut”
“Tidak boleh saya bayangkan keadaaan pelajar SPM yang penat lesu nak selamatkan barang-barang yang ada. Waktu itu, saya tak terasa mereka terfikir untuk study add math ke biologi bagai. Semua ingin selamatkan nyawa dan harta benda yang ada. Bayangkan yang terkesan dalam banjir ini penduduk pendalaman yang bukan kaya, kehilangan rumah dan harta benda yang merupakan segalanya bagi mereka. Hilang, lumpuh segala yang ada. Perasaan itu, hanya Tuhan yang tahu”
Tambahnya lagi, ada setengah pelajar bergantung sepenuhnya kepada nota yang dibuat selama ini. Hanyut nota hanyutlah kesemua keyakinan dan persediaan untuk menduduki peperiksaan. Tambah pula pelajar yang selalu di saat akhir, elok 3 hari sebelum SPM, kena pula musibah banjir. Bagaimana mereka semua boleh bersedia?
“NAK MASUK IPT MACAM MANA KALAU RESULT PUN TERUK NANTI?”
“Kenapa mempertaruhkan nasib anak-anak mangsa banjir ni? Di mana empati dalam diri Yang Berhormat semasa buat keputusan? Bagi saya, jangan nak menggelabah sangat nak buat SPM. Sesi kedua tidaklah susah dilaksanakan kepada yang terlibat banjir, berbanding dengan kesusahan yang terpaksa dihadapi mereka yang terjejas banjir”
Tidak ketinggalan, SPM ini bukan hanya tertumpu kepada pelajar sahaja malah kita juga bercakap mengenai cikgu-cikgu dan semua jentera yang terlibat.
Banjir tahun 2024 ini adalah lebih teruk dari bencana banjir tahun 2014 sehingga ada yang tenggelam rumah. Ramai yang tidak bersetuju dengan alasan KPM mengatakan bahawa jika SPM ditangguhkan, maka pelajar akan terlewat untuk mohon masuk Institusi Pengajian Tinggi. Hal ini kerana anak-anak sudah tidak ada semangat, bagaimana nak fikir untuk dapat keputusan cemerlang supaya boleh masuk IPT?
Malah, calon-calon SPM juga ada yang ditempatkan di masjid dan berada dalam keadaan tidak cukup serba serbi. Ada yang hanaya tidur berbantalkan lengan dan dalam keadaan sejuk, mental tidak berada dalam keadaan stabil bagaimana nak jawab soalan peperiksaan?
*Semoga ada sinar buat adik-adik SPM 2024 semua dan teruskan berdoa supaya keadaan banjir semakin pulih!
Baca juga: KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurangkan Tekanan Murid, Mak Ayah TAK SETUJU!
Sumber: Mahmud Jumaat