Didik

Cikgu Kongsi Keadaan Terkini Calon SPM Di Tumpat, Ada Yang Tidur Berbantalkan Lengan Je…

35
SHARES
calon spm 2024

Meskipun beberapa negeri sedang dilanda bencana banjir, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan berlangsung pada hari ini iaitu 2 Disember 2024 diteruskan seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun, apa yang menyedihkan adalah ramai calon SPM 2024 berada dalam keadaan tidak selesa.

Tular di laman Facebook adalah keadaan daif para pelajar yang berada dalam keadaan banjir serta tidur berbantalkan lengan sahaja. Disebabkan itulah, ramai dalam kalangan ibu bapa dan pendidik yang mohon untuk SPM 2024 ditunda.

Baca juga: [VIDEO] Ibu Bawa Bayi Dalam Besen Mandian Ketika Banjir Undang Sebak, Netizen Pesan Pegang Kuat-Kuat!

KEADAAN CALON SPM 2024 DI TUMPAT PENUH DAIF, ADA YANG TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SAHAJA…

calon spm 2024

Difahamkan menerusi perkongsian Cikgu Mohd Fadhli di laman Facebook, calon SPM yang terjejas diberikan kebenaran menduduki ujian di mana-mana pusat peperiksaan dan diberikan kemudahan asrama.

“Calon SPM di Tumpat. Dibawa oleh trak askar ke sekolah berdekatan untuk exam esok. Asrama penuh. Khemah penuh. Terpaksa tidur dalam surau. Tanpa tilam. Tanpa toto. Hanya tikar yang kami kirim tadi sahaja. Ada yang tidur berbantalkan lengan atau beg sahaja,”

“Dekat PPS Biji Wangsa tadi pun majoriti mangsa banjir tiada toto, tiada tilam. Bahkan ada pakcik strok terbaring atas kerusi minta ihsan toto”

Jelasnya, gambar keadaan tersebut diterimanya hasil kiriman seorang mangsa banjir yang juga turut bertanyakan mengenai sokongan psikososial yang dijanjikan KPM untuk membantu calon terkesan.

Dalam pada itu, Cikgu Mohd Fadli tidak ketinggalan menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan semoga pelajar-pelajar ini dapat menjawab peperiksaan dengan baik walaupun berada dalam keadaan yang serba kekurangan.

“Calon SPM kat situ 25 orang tak ada toto. Mujur ada sikit lagi stok toto tadi, terus bagi kat calon-calon SPM. Dik, buat yang terbaik esok dan seterusnya ya. Bila adik besar dan berjaya nanti, manakan tahu kalian ada yang jadi menteri pendidikan, abang yakin adik akan tangguhkan exam bila bencana seperti ini melanda negara suatu nanti”

“Kerana kalianlah yang paling mengerti betapa peritnya hadap peperiksaan dalam keadaan serba kekurangan, serba serbi tak selesa, serba serbi tak cukup. Ingat kenangan ini sampai mati. Dah besar esok, jadilah insan yang ada empati”

calon spm 2024

Foto Harian Metro: Keadaan banjir terkini.

*Apa yang penting adalah, terus gagah dan bersemangat adik-adik sekalian. Jangan menyerah, kalian adalah benih liat yang tak mudah dipijak henyak. Kalianlah bakal mengubah negara di masa akan datang!

Baca juga: 7 Tempat Dalam Malaysia Ini Dahulunya Cantik & Megah, Tapi Sayang…Kini Makin Suram!

Sumber: Cikgu Mohd Fadhli Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×