Nur

Umur 30 Tahun Baru Nak Berkhatan? Ini Hukumnya Termasuk Untuk Lelaki Mualaf

2
SHARES
berkhatan

“Kawan saya baru peluk agama Islam pada usia 30 tahun, dia kena berkhatan atau tak perlu?”

Berkhatan semasa dewasa dan berkhatan zaman kanak-kanak umumnya mempunyai prosedur yang sama. Namun, penjagaan selepas berkhatan dewasa mungkin sedikit berbeza jika dibandingkan dengan semasa kanak-kanak, kerana terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira.

Baca juga: Tatap Gambar Lelaki Kacak Boleh Meningkatkan Kesihatan Otak- Kajian

BOLEH KE BERKHATAN SEMASA DEWASA?

berkhatan

Selain berlandaskan anjuran agama, berkhatan pada dasarnya mempunyai banyak manfaat yang baik untuk kesihatan. Berikut adalah beberapa kebaikan berkhatan untuk kesihatan yang perlu anda ketahui walaupun dilakukan apabila dewasa:

-Mengurangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin dan komplikasinya, seperti epididimitis dan orchiitis (keradangan testis) yang boleh mengurangkan kesuburan

-Mengurangkan risiko mendapat jangkitan saluran kencing (UTI)

-Mengelakkan berlakunya phimosis atau kulit (kulup) zakar tidak boleh kembali ke keadaan asal, tetapi mengepit batang zakar

-Mencegah balanitis (radang hujung zakar) dan balanoposthitis (radang kepala dan kulup zakar)

-Mengurangkan risiko kanser serviks pada pasangan wanita dan juga kanser zakar

-Oleh kerana berkhatan menghilangkan kulit di hujung zakar atau kulup, zakar menjadi lebih mudah dibersihkan

Siapa yang kena berkhatan?

-Lelaki Muslim (ketika kanak-kanak dan capai usia baligh)
-Wanita Muslim (ketika baru lahir)
-Lelaki muallaf (digalakkan)
-Lelaki yang ingin menjaga kebersihan zakar khususnya elak penyakit

LELAKI MUALAF WAJIB SUNAT?

berkhatan

Berkhatan adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Perkara ini sabit menerusi arahan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Abu Huratrah daripada Nabi SAW bersabda: “Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku.” (al-Bukhari)

Berikut adalah pendapat para ulama’ mengenai hukum berkhatan:

-Menurut pandangan yang dinyatakan oleh Imam Syafie, wajib hukumnya bagi orang lelaki dan perempuan untuk berkhatan

-Menurut pandangan Imam Abu Hanifah dan juga Imam Malik, hukum berkhatan adalah sunat bagi orang lelaki dan juga perempuan

-Ada juga pendapat ulama’ yang menyatakan bahawa hukum bersunat ini adalah wajib ke atas lelaki, tetapi sunat kepada orang perempuan

-Disebabkan wujudnya perbezaan pandangan ulama’ mengenai hukum berkhatan, individu mualaf mempunyai pilihan untuk melakukan khatan atau tidak

Oleh itu, buat lelaki yang baharu memeluk agama Islam dan dipanggil mualaf, jika berkemampuan untuk berkhatan, maka lakukanlah. Namun, jika tidak mampu atau tidak bersedia lagi untuk melakukannya, maka tangguhkanlah terlebih dahulu sehingga dia bersedia untuk melakukannya.

Imam Hassan Al-Basri ada menyatakan bahawa, individu dewasa yang baru sahaja memeluk Islam diringankan daripada amalan berkhatan. Berdasarkan hadis di atas, Mazhab Shafie menegaskan bahawa amalan berkhatan adalah wajib bagi kaum lelaki dan wanita. Turut diriwayatkan juga bahawa Nabi Ibrahim pernah berkhatan ketika usia Baginda 80 tahun. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Nabi Ibrahim berkhatan di suatu tempat yang bernama al-Qaddum (terdapat riwayat menjelaskan ia bermaksud alt untuk berkhatan) dan ketika itu Baginda berusia 80 tahun.” (Riwayat al-Bukhari)

Baca juga: Warga Emas Jatuh Dalam Bilik Air Boleh Bawa Maut, Buat 7 Perkara Ini Untuk Elak!

Sumber: Alodokter, Berita Harian, UDakwah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×