DIY & Kraf

Jangan Buang Kalau Leher Baju Tshirt Jadi Kembang Tapi Guna CARA Ini!

3
SHARES
LEHER BAJU TSHIRT KEMBANG

“Alamak! Leher baju tshirt kembang. Macam mana ni?”

Situasi di atas mesti pernah terjadi kan? Baru pakai sekali tetapi selepas dibasuh leher baju tshirt menjadi kembang sehingga menyebabkan ia seakan-akan baju lama.

Kalau nak buang sayang pula kan? Jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Ikuti penjelasan lanjut di bawah cara kembalikannya seperti baju tshirt baharu.

Baca juga: Cara Hitamkan Semula Seluar Hitam Yang Pudar, Jadi Macam Baru Beli!

LEHER BAJU TSHIRT KEMBANG? GUNA GETAH JE BETULKAN

Menerusi perkongsian Syafiq di laman TikToknya, caranya adalah dengan menggunakan getah dan periuk sahaja.

1. Isi air ke dalam periuk dan panaskan.

2. Ambil baju yang ada masalah leher kembang dan ikat menggunakan getah di bahagian leher.

3. Masukkan bahagian leher yang sudah diikat ke dalam air panas untuk beberapa minit.

4. Angkat dan biarkan ikatan tanpa membukanya. Jemur sehingga kering.

Hasilnya? Leher baju tshirt jadi seperti baru beli dikedai.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!

VIDEO PENUH:

@syafiq.art

Tutorial fix leher tshirt yg kembang #tutorial

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Sumber: TikTok Syafiq Art

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×