DIY & Kraf

Cara Hitamkan Semula Seluar Hitam Yang Pudar, Jadi Macam Baru Beli!

33
SHARES

“Alamak, makin pudar pula seluar hitam ni. Ruginya…”

Situasi di atas mesti pernah terjadi kan? Tambah lagi kalau seluar hitam tu, seluar kegemaran dan memang akan dipakai selalu. Lagi cepat pudar warna. Betul tak?

Alamak, macam mana ni? Jangan risau. Setiap masalah pasti ada jalan penyelasaian. Kalau anda seluar hitam yang pudar, bole cuba cara seperti perkongsian di bawah. Memang menjadi!

Baca juga: Step-By-Step DIY Lampu Studio ‘Hangus’ RM30 Je, Hasil Memang Padu!

CARA HITAMKAN SEMULA SELUAR HITAM YANG PUDAR

Perkongsian ini dimuat naik di laman TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @erene__ dan hanya menggunakan beberapa bahan mudah, seluar hitam kesayangan bertukar menjadi seperti baharu dibeli. Wow!

Berikut merupakan bahan diperlukan:

  • Fabrik dye (dua paket dan pemati warna)
  • Air panas
  • Garam

Cara hitamkan seluar:

1. Basah atau rendamkan seluar hitam terlebih dahulu.

2. Kemudian, dalam bekas lain campurkan air panas, garam dan fabrik dye.

3. Rendam seluar selama 30 minit sambil kacau.

4. Angkat dan jemur sehingga kering.

5. Dalam bekas lain, campurkan pemati warna, garam dan air biasa.

6. Rendam sehingga 2 atau 3 jam dan jemur untuk kali kedua.

Hasilnya? Seluar hitam macam baru beli. Apa yang best tag seluar tak hitam pun. Wajib cuba ni!

Sumber: TikTok Erene__

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×