Asuh

Ada 3 Cara Jadikan SIRAH NABI Sebagai Halwa Telinga Anak Kecil, Buat Macam INi!

21
SHARES
kisah sirah nabi

Memperdengarkan anak-anak dari kecil dengan kisah Sirah Nabi adalah perkara yang mulia dan bermanfaat. Di mana, mereka dapat mempelajari pelbagai peristiwa yang boleh dijadikan teladan, selain mencontohi watak, sifat, perlakuan, segala gerak geri dan tutur kata yang baik dari para Anbiya.

Justeru itu, terdapat tiga cara untuk mendedahkan anak-anak dengan kisah Sirah Nabi seperti dikongsikan Wan Nur Syakira berdasarkan peringkat umur.

Baca juga: Kata Ulama, Jaga 3 Perkara Ini Agar Hati Anak Lembut & Tak Biadap Tingkahnya!

KISAH SIRAH NABI

kisah sirah nabi

Gambar: Wan Nur Syakira

Jadikan Sirah Nabi kisah yang didengari anak setiap hari. Antara cara yang saya gunakan untuk mendedahkan Sirah Nabi kepada anak kecil mengikut umur seperti berikut:

1. Dua tahun

Mulakan dengan tunjukkan gambar dan fokus nak tambah vocab, di samping biasakan anak. Contoh: Gambar kapal – Nabi Nuh, gambar ikan – Nabi Yunus, telaga- Nabi Yaaqub.

Saya selalu main teka-teki dengan anak umur 2 tahun 6 bulan:

  • Nabi apa yang buat kapal besar?
  • Nabi apa yang kena telan dengan ikan paus?

Kita yang bagitahu jawapan betul sebab dia memang masih tak tahu. Ada itu dia dah teka, tapi Nabi lain. Bila kita ulang, lama-lama dia akan ingat. Teka teki ini sesuai untuk semua umur.

Baca juga: 7 Idea Hadiah Untuk Anak Berjaya Puasa Sebulan, Baru Naik Semangat Dia!

2. Empat tahun

Mula bacakan satu bab sahaja, lepas itu main warna sama-sama. Ada aktiviti mewarna di akhir bab atau buat aktiviti cadangan.

Contoh: Origami kapal dalam buku Sirah Nabi Yunus.

3. Enam tahun dan ke atas

Dah boleh baca satu buku dan buat aktiviti bersama. Bergantung kepada anak-anak masing. Ini antara yang boleh dipraktikkan.

Jangan risau anak baca satu muka surat sahaja, kita nak anak biasa baca. Mula sikit lama-lama habiskan satu buku.

Ada aktiviti menarik dalam buku ini, Insya Allah anak tak bosan. Kalau buat aktiviti banyak kali, boleh fotostat dulu bahagian aktiviti sebelum ajak anak buat.

Saya guna siri Sirah Nabi Untuk Anak-Anak ini untuk bacaan sirah anak-anak. Ilustrasi cantik dan Sirah Nabi yang bersih dari riwayat yang tak sahih. Boleh dapatkan buku ini di sini.

Baca juga: Profesor Kongsi Tips Latih Anak Berpuasa, Dari Usia 2 Hingga 12 Tahun Lain Kaedahnya!

Sumber: Wan Nur Syakira

FT Image: BetterParent / Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×