Nur

#ProjekMimpi: 8 Kelebihan Tunaikan Solat, Hidup Lebih Tenang & Tak Gelisah

23
SHARES
KELEBIHAN TUNAIKAN SOLAT

Umum mengetahui, solat merupakan tiang agama bagi umat Islam dan satu tuntutan wajib. Dalam rukun Islam, solat berada pada kedudukan kedua setelah mengucapkan dua kalimah syahadah. Ini bermakna terlalu banyak kepentingan dan kelebihan tunaikan solat dalam kehidupan.

Baca juga: Ragu-Ragu Bila Solat Tidak Tepat Arah Kiblat, Perlu Tunaikan Semula Atau Tidak?

8 KELEBIHAN TUNAIKAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN

KELEBIHAN TUNAIKAN SOLAT

Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا، وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَلَا دِينَ لَهُ، وَالصَّلَاةُ عِمَادُ الدِّينِ

Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”. Riwayat al-Baihaqi.

1. Hati menjadi tenang

Ketenangan hati dapat ditemui apabila seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT. Salah satu caranya adalah dengan menunaikan solat dan sentiasa berzikir.

2. Dapat keredaan dan keampunan daripada Allah SWT

Keredaan dan keampunan daripada Allah SWT dapat diperolehi dengan cara menunaikan solat. Allah SWT suka dengan hambaNya yang sentiasa mencuba perbaiki diri.

Selaras dengan firmanNya:

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Ghafir:60)

3. Membentuk disiplin diri

Solat pada lima waktu yang ditetapkan boleh membentuk disiplin diri. Hal ini kerana anda akan mengambil kira penjagaan masa dengan sebaiknya dan tidak melakukan perkara yang sia-sia.

4.  Solat membuka pintu rezeki

Firman Allah S.W.T:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

Maksudnya: “Dan perintahkanlah keluargamu untuk mengerjakan solat, hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Taha: 132)

Ini dapat kita simpulkan bahawa solat dan rezeki adalah berkait rapat. Pasti pintu rezeki sentiasa terbuka luas sekiranya anda tidak pernah lupa menunaikan solat.

5. Solat memakbulkan doa dan permohonan

Doa adalah senjata umat Islam dan setiap keinginan perlulah berdoa agar dikurniakan oleh Allah SWT. Dengan menunaikan solat, insyaAllah doa akan dimakbulkan tepat pada waktunya.

6. Solat menjadi anak kunci ke syurga

Untuk menjadi penghuni syurga, anda perlulah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perbanyakkan berdoa, menunaikan solat dan memohon keampunan daripada Allah agar ia menjadi kunci ke syurga.

7. Solat dapat menghindarkan gangguan dan godaan syaitan

Untuk menghindari daripada gangguan dan godaan syaitan, anda perlu menunaikan solat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

8. Solat menyediakan ruang kepada penghapusan dosa

Solat akan melahirkan perasaan cinta kepada Allah SWT dan secara tidak langsung anda akan menjauhi setiap larangan-Nya.  Ibadah solat penting dalam kehidupan umat Islam kerana dapat melahirkan sifat kehambaan dan menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Baca Yasin Ketika Haid, Ada Cakap Boleh & Sebaliknya. Yang Mana Satu?

Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×