Dapur

Resipi Kek Buah Kukus Supermoist Chef Asma, Nostalgia Kek Buah Air Tangan Nenek

8
SHARES

Kek buah kukus antara hidangan wajib semasa hari Raya. Kek klasik ini menjadi pilihan kerana manis rasanya dan lembab teksturnya. Walaupun leceh dari segi pembuatan kerana tempoh membuatnya yang lama. Tolak tepi bab itu, jom kita belajar cara membuat kek melalui resipi perkongsian Chef Asma.

RESEPI KLASIK DARI NENEK

Menurut Chef Asma, resipi dan penyediaan kek ini mudah sekali. Beliau turut menambah, resipi kek buah kukus ini datang dari neneknya. Memang orang dulu-dulu punya style membuat kek buah.

Resepi Kek Buah Kukus

Bahan A 

  • 450 gram butter
  • 150 gram gula perang
  • 5 biji telur gred B
  • 1 tbsp esen vanilla
  • 200 gram buah prune (cincang halus)
  • 700 gram mixed fruits (buah campuran)
  • 600 gram tepung gandum
  • 1 tbsp baking powder
  • 1/2 tbsp sodium bicarbonate
  • 1 – 2 tbsp serbuk kayu manis
  • 1/4 tbsp serbuk buah pala
  • 1 tbsp black treacle
  • 1 tbsp glycerine

Bahan B

  • 350 gram gula pasir @ gula kastor

Baca juga : 4 Resipi Minuman Paling Sedap Untuk Hari Raya, Confirm Tetamu Suka!

Cara Membuat : 

  1. Putar mentega dan gula perang sehingga kembang
  2. Masukkan telur dan putar rata, tambah esen vanilla dan black treacle
  3. Ayak tepung, sodium bicarbonate dan baking powder bersama serbuk buah pala dan serbuk kayu manis
  4. Masukkan mixed fruit dan buah prune kedalam bancuhan tepung dan gaul rata
  5. Masukkan adunan tepung ke dalam bancuhan mentega, putar hingga rata
  6. Cairkan bahan (B) dan terus tuang ke dalam adunan kek
  7. Kacau rata dan masukkan ke dalam loyang 9x5x3 = 2 loyang
  8. Kukus selama 4 jam

Info chef : Untuk memastikan kek kekal moist, balut kek dengan wrapping plastic dan simpan di dalam bekas kedap udara. Kek boleh tahan sehingga 3 bulan.

Baca juga : Resipi Kuih Lapis Tradisional Dari Chef Asma, Mudah & Confirm Jadi 

Bagi yang berminat untuk belajar pelbagai resipi kuih dan kek, boleh layari Facebook Chef Asma Bakery Class atau hubungi 0123083750 untuk pertanyaan.

Tonton video penuh cara membuat kek buah kukus di Youtube kami. Jangan lupa subscribe sekali!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×