Dapur

5 Resipi Kek Guna Pengukus Saja Tanpa Oven, Hasilnya Kek Naik Elok, Lembut & Sedap!

18
SHARES
resipi kek guna pengukus

Tidak semua mempunyai peralatan oven mahupun air fryer di rumah untuk membakar kek. Oleh itu, wujudnya resipi kek guna pengukus untuk anda yang tidak mempunyai alatan-alatan ini. Bukan sahaja sedap dan lembut, malah rasanya lebih kurang seperti bakar menggunakan oven.

Sebenarnya rahsia resipi kek menggunakan pengukus ini adalah kejadiannya akan jadi lebih lembut berbanding bakar. Malah, ada yang lebih gemar menggunakan pengukus daripada oven ataupun air fryer ketika membakar kek. Jadi, apa kata ikuti perkongsian penulis berkaitan koleksi resipi kek menggunakan pengukus?

Baca juga: Resepi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi. Gaul Pakai Senduk Je

5 RESIPI KEK GUNA PENGUKUS, PASTI MENJADI DAN SEDAP RASANYA!

1. KEK LUMUT CHEESE

resipi kek guna pengukus

Bahan-bahan kukus bahagian lumut:

  • 10 biji telur
  • 450 g butter
  • 1 cawan gula halus
  • 200 g horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong (diayak)
  • Setengah cawan susu pekat manis
  • 60 ml pandan pes
  • 1 cawan susu tepung
  • Setengah sudu esen vanilla

Bahan-bahan kukus bahagian cheese:

  • 750 g cheese
  • 3 biji telur
  • 4 sudu tepung hongkong
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 cawan gula halus

Cara penyediaan bahagian lumut:

  1. Pukul gula, mentega dan esen vanilla sampai berwarna putih (Gunakan hand mixer. Masukkan telur satu persatu. Masuk sebiji, kemudian pukul lagi. Buat sampai habis dan baru masukkan susu pekat).
  2. Masukkan horlicks dan susu tepung. Pukul sebati. Kemudian masukkan tepung hongkong.

*Bahagikan kepada 2 bahagian. Kukus bahagian bawah hijau dulu. Kena selalu check ya. Kalau rasa dah keras, baru boleh letak cheese. Guna loyang yang bersize 9×9.

Cara penyediaan bahagian cheese:

  1. Campurkan kesemua bahan itu. Kemudian, blend menggunakan hand mixer sampai lembut. Kalau kek lumut dah kering, boleh letak cheese terus.

2. CHOCOLATE CHEESE(KUKUS) 3 LAYERED [8”) LOYANG

resipi kek guna pengukus

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan minyak masak (minyak sayur)
  • 1 cawan susu cair (full cream milk)
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat (junjung)

Bahan-bahan B:

  • 250 g cream cheese
  • 60 g gula castor
  • 25 g tepung gandum
  • 25 g susu cair (full cream milk)
  • 1 biji telur
  • *campurkan kesemua bahan adunan cream cheese
    * 1 cawan tepung gandum + 1 sudu baking powder
    * 4 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Masak bahan A atas api yg kecil, kacau supaya tidak berketul dan sejukkan.
  2. Pukul 4 biji telur sehingga kembang kemudian masukkan bahan A diikuti dengan 1 cawan tepung gandum + 1 sudu baking powder. Kacau sehingga sebati.
  3. Sediakan loyang yang telah disapu butter dan tuangkan adunan coklat ke dalam loyang. Kukus sehingga 20 minit, kemudian tuangkan adunan cheese pula, kukus sehingga 20 minit. **pastikan tutup loyang dgn aluminium foil sebelum kukus
  4. Tuang lagi adunan coklat yang selebihnya, kukus sehingga masak. Coklat cheese ini akan ada 3 lapisan. Untuk memastikan ianya masak, guna lidi dan cucuk ke dalam kek. Jika adunan tidak melekat di lidi, maknanya kek anda sudah siap.

3. KEK MARBLE CHEESE 

resipi kek guna pengukus

Bahan-bahan A:

  • 170 g Butter / Marjerin / Minyak jagung / Minyak masak
  • 100 g Gula halus
  • 100 g Gula perang
  • 150 g  Susu pekat manis
  • 3 biji telur
  • 200 g Susu Full Cream

Bahan-bahan ayak:

  • 180 g tepung naik sendiri (Jika tiada guna 170 g tepung gandum + 1sk soda bikarbonat + 1sk baking powder)
  • 50 g serbuk koko

Bahan-bahan B

  • 250 g cream cheese
  • 70 g gula halus
  • 50 g susu full cream
  •  2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan:

  1. Jika guna butter atau marjerin, cairkan dulu. Jika guna minyak jagung / masak skip proses mencairkan.
  2. Masukkan semua bahan A dalam 1 mangkuk besar dan kacau hingga gula larut.
  3. Kemudian sambil kacau sambil ayak tepung ke dalam adunan dan kacau hingga sebati. Ketepikan seketika.
  4. Dalam bekas lain, pukul cheese dengan gula dan esen hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan susu, sebatikan.
  5. Tuangkan adunan koko berselang seli dengan adunan cheese ke dalam loyang 9 inci yang telah dilengser dengan butter dan dialaskan kertas baking.
  6. Lorekkan menggunakan lidi untuk hasilkan marble. Bakar dengan suhu 180c selama 40 minit mengikut oven masing-masing atau
  7. Didihkan air dalam pengukus dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
  8. Setelah masak biarkan kek sejuk pada suhu bilik, tak perlu keluarkan dari loyang dan simpan kek semalaman dalam peti sejuk dahulu.

Bahan-bahan untuk topping:

  • 200 g coklat masakan
  • 100 g susu pekat manis
  • 150 g susu full cream
  • 2 sudu besar
  • 200gm susu full cream
  • 2 sudu besar butter / marjerin / minyak jagung / minyak masak.

Cara penyediaan topping:

  1. Panaskan susu hingga dinding periuk berbuih. Tak perlu sampai mendidih.
  2. Campurkan coklat dan butter / marjerin atau minyak jagung / masak dan kacau hingga sebati.
  3. Keluarkan kek dari loyang dan letakkan atas papan kek. Curah topping di atas kek dan sedia untuk dihidangkan.

4. KEK BUAH KUKUS

resipi kek guna pengukus

Bahan-bahan A:

  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air panas
  • 250 g (1 buku) butter
  • 3 cawan mix fruit

Cara penyediaan bahan A:

  1.  Panaskn gula dalam kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil).
  2. Masukkan air panas perlahan-lahan dan masak semula hingga gula larut.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga butter cair.
  4. Masuk pula mix fruit, masak hingga mendidih angkat dan biarkan sejuk.

Bahan-bahan B:

  • 300 g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)
    ayak bahan-bahan 3 kali
  • Masukkan ke dlm adunan A sikit-sikit  sambil dikacau hingga rata.

Bahan-bahan C:

  • 3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan bahan C:

  1. Pukul telur hingga kembang berbuih, masuk dalam adunan tadi dan kacau hingga rata.
  2. Tambah 2 sudu besar sunquick jika suka.
  3. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik, sapu minyak sahaja)
  4.  Tutup loyang dengan plastik supaya wap dari penutup kukusan tak jatuh atas kek, boleh juga balut penutup kukusan dgn kain.
  5. Pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek. Kemudian, kukus kek selama 2 jam.
  6. Sejam yang petama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.
  7. Bila kek dah masak, tutup api, buka penutup dan biarkan kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat   (supaya buah dalam kek tak turun ke bawah)
  8. Tunggu sejuk baru potong.

5. KEK SARANG SEMUT

resipi kek guna pengukus

Bahan-bahan (1 adunan):

  • Loyang 7
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan mentega
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar soda bikarbonat

Cara penyediaan;

  1. Masak gula sampai keperangan, kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit, masukkan mentega dan kacau sampai sebati. Biarkan sejuk.
  2. Pukul telur dan campurkan susu pekat manis. Kacau-kacau. Masukkan tepung+soda bikarbonat. Lepas tu campurkan gula perang tadi (tapis) ke dalam adunan. Kacau sebati.
  3. Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan yang sudah pun di oles dengan mentega. Siap untuk dibakar atau dikukus.

Ada je pengukus, pasti menjadi semua kek yang lazat ini. Selamat Mencuba!

Sumber: Nur Eliana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×