Apa jenama air fryer terbaik?
Mesti ini antara soalan yang paling kerap ditanya bila seseorang berhasrat nak beli air fryer di rumah.
Rambang mata bila tengok begitu banyak pilihan di kedai dan online store. Keliru nak beli yang mana satu ya?
Sebelum beli air fryer, ada beberapa perkara yang perlu kita fahamkan supaya ia dapat menjadi panduan untuk kita membeli air fryer.
Memang betul, ada jenama yang terkenal dan ada jenama yang biasa-biasa saja.
Tapi kalau kita dapat fahamkan perkara ini, ia dapat membantu kita membuat pilihan yang lebih baik, sesuai dengan bajet kita.
8 Tips Beli Air Fryer Terbaik Di Malaysia. Tak Payah Ikut-ikut Orang
1. Jenis Air Fryer
Secara umumnya ada 3 jenis air fryer yang dapat dibezakan dari segi cara penggunaannya.
Ada yang jenis tarik bakul (basket), yang macam periuk nasi (turbo) atau ada juga jenis yang macam oven (halogen).
Jom kita tengok satu persatu:
- Basket Air Fryer
Basket Air Fryer ini merupakan jenis air fryer yang paling kita selalu tengok.
Bentuknya lebih kurang macam termos / teko, tapi ia sebenarnya ada banyak saiz dan ada tombol di depan.
Cara penggunaannya ialah dengan memasukkan makanan dari hadapan seperti membuka laci.
- Turbo Air Fryer
Turbo air fryer ni lebih kurang macam periuk nasi, di mana ia boleh dibuka penutupnya ke atas.
Dibahagian tengah alat terdapat seperti kipas yang berfungsi mengalirkan udara panas pada makanan.
- Halogen Air Fyer
Ada satu lagi jenis air fryer ni mungkin kurang popular dan orang tak perasan sebab rupanya lebih kurang macam oven.
Jenis air fryer ni boleh guna fungsi lebih kurang macam oven / microwave contohnya golek ayam dan buat popcorn.
Biasanya jenis bakul suhu maksimumnya adalah 200°C, manakala jenis turbo dan oven halogen ni boleh sampai 230°C.
2. Digital Atau Manual
Adakah kita jenis yang suka air fryer canggih jenis touch screen (digital) atau kita ni ada takut-takut tak reti, hanya tahu setting manual pusing tombol macam oven je?
Ini juga salah satu faktor yang boleh dipertimbangkan untuk membeli air fryer.
Butang analog/manual lebih lazimnya lebih mesra warga emas. Jadi kalau nak belikan untuk ibu ayah guna, rasanya lebih baik beli yang manual supaya taklah pening mereka nak tekan butang yang mana nanti.
Ada juga yang lebih percaya pada manual air fryer sebab katanya ia tahan lebih lama dan tak mudah rosak. Tapi rasanya sekarang dah banyak penambahbaikan yang dilakukan oleh pengeluar air fryer.
Jadi sebagai pengguna, kita boleh ambil langkah selamat dengan bertanya pada mereka yang dah pernah guna jenama tertentu atau boleh baca review dekat online store.
3. Kapasiti
Satu perkara yang perlu kita tengok betul-betul masa nak beli online adalah kapasitinya.
Jangan tengok harga murah terus beli, baca betul-betul untuk kita pastikan saiznya bersesuaian dengan saiz keluarga kita.
Kalau jenis keluarga yang besar, muatan yang lebih besar lebih sesuai kalau kita nak masak untuk satu keluarga.
Tapi kalau pakai untuk seorang saja, memadailah yang sederhana.
Ada air fryer yang saiz paling kecil kurang dari 1L hinggalah lebih dari 5L. Dah tentu lagi besar, lagi banyak lah isi yang korang boleh masukkan. Kalau korang nak masak seekor ayam terus ke dalam air fryer, boleh cari 4L ke atas. Kalau tak, korang still boleh masak ayam seekor, tapi kena potong kecik lah.
Oh ya, mungkin ada yang nak guna untuk masak ayam. Jadi nak tahu air Fryer apa yang boleh muat ayam seekor?
Biasanya Air Fryer berkapasiti 4L boleh masak ayam seekor tanpa dipotong. Tapi ikut saiz ayam jugalah kan. Kalau yang kecil sikit agaknya boleh muat juga cuma mungkin perlu dipotong kecil.
4. Kekerapan Penggunaan
Adakah kita nak guna setiap hari atau hujung minggu saja atau sekali sekala saja?
Kalau kita nak guna dengan kerap, dinasihatkan supaya beli yang tahan lasak dan ada tempoh warranty yang sesuai.
Tapi kalau kita sekadar nak guna pada hujung minggu atau 2-3 kali seminggu, bolehlah pertimbangkan yang biasa saja.
5. Senang Dicuci
Kalau kita jenis yang agak cerewet, faktor ini sangat perlu diambil kira.
Sebabnya ada jenis air fryer yang partnya tak boleh diasingkan dari badan (non-detachable).
Jadi nanti masa nak basuh mungkin susah sikit nak kena lap dekat dalam tu.
Ada yang direka khas supaya setiap bahagian seperti bakul dan jaringnya boleh ditanggal dan dicuci dengan mudah.
Jadi pastikan tengok juga ciri ini masa survey air fryer nanti.
Jenis oven / halogen biasanya ada aksesori tambahan lagi.
6. Kuasa Watt
Masa belek spesifikasi, mungkin ada yang tak perasan nak tengok pada kuasa Watt air fryer yang digunakan.
Umumnya kita tahu bahawa kuasa air fryer yang tinggi, masa memasak pun singkat. Penggunaan elektrik bergantung kepada nilai kuasa watt dan jumlah masa yang digunakan untuk siap memasak.
Saiz air fryer yang besar memerlukan kuasa yang lebih tinggi untuk memanaskan ruangnya yang besar dan memasak makanan yang banyak.
Kebanyakkan air fryer dilengkapi dengan kuasanya antara 1300 – 2000+ watt.
Kalau jumpa kuasa rendah daripada range ini, ia akan memerlukan masa memasak yang lebih lama.
7. Jenama
Jenama air fryer terbaik atau paling bagus ni mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang. Ia juga sebenarnya subjektif dan sukar dibandingkan sebab ada juga yang murah tapi elok dan sesuai dengan kita.
Cuma yang boleh kita tengok adalah jenama air fryer yang popular, contohnya Philips.
Philips ni terkenal sebab dia antara jenama pioneer yang sangat dipercayai dan paling awal memperkenalkan air fryer. Cuma harganya mungkin agak mahal berbanding yang lain.
Ada banyak lagi jenama air fryer yang OK sebab dah makin banyak saingan contohnya Russel Taylors, Morgan, Haier, Tefal, Khind, Trio, MMX dan lain-lain.
Biasanya harganya bergantung pada kapasiti masakan dan fungsi istimewa yang ditawarkan.
8. Fungsi Istimewa
Sesetengah air fryer ada didatangkan dengan teknologi canggih dan fungsi istimewa.
Contohnya ada yang boleh masak makanan tanpa perlu defrost dulu, dan ada juga yang multi-function sesuai untuk pelbagai jenis masakan – buat kek boleh, buat roti boleh, grill boleh, masak lauk, panaskan makanan dan macam-macam lagi.
Jenama air fryer yang baik juga sepatutnya boleh masak sekata tanpa perlu diterbalikkan masakan didalamnya.
Jadi, Apa Jenama Air Fryer Terbaik?
….Memadailah Dengan Membeli Ikut Kemampuan
Memang banyak keistimewaan air fryer ni sebab ia menggalakkan kita memasak dengan sihat tanpa minyak. Lagipun, dapur lebih kemas sebab tak ada minyak pun taklah merecik bila memasak.
Tapi nak beli air fryer yang paling bagus dan jimat tu sebenarnya bergantung pada cara kita menggunakannya setiap hari.
Jadi yang penting kita fahamkan tujuan kita membeli air fryer tu, sesuaikan dengan fungsinya, lihat spesifikasi dan baca manualnya dengan teliti. Baca juga review pembeli melalui Shopee, Lazada, Go Shop atau review pengguna melalui media sosial.
Belilah ikut kemampuan masing-masing, tak payah ikut-ikut orang ok!
*Foto Kredit: https://www.facebook.com/groups/resepiairfryer/permalink/1545368675644552/