Dapur

Baby Tak Nak Nasi, Cuba Resepi Fluffy Egg Rice Ni. Goreng Macam Nugget Pun Boleh

110
SHARES

Buntu juga nak fikir apa resepi untuk baby yang sesuai bila dia dah tak suka makan bubur kan?

Sebenarnya memang kita digalakkan untuk ubah tekstur pemakanan bayi secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit sesuai dengan tahap perkembangan bayi.

[Baca juga : Jangan Tunggu Gigi Tumbuh Barulah Nak Ubah Tesktur Makanan Bayi…]

Jadi dalam perkongsian kali ini, kami berbesar hati untuk kongsikan resepi untuk baby oleh Nur Azlin Ali Alwi.

Resepi fluffly egg rice untuk baby ni boleh dimakan seawal 7 bulan, tak kisahlah yang dah ada gigi atau belum.

Gigit guna gusi pun boleh sebab lepas kukus tu dia lembut dan fluffy sangat. Bau pun harum semerbak!

Ibu pun join sekali sebab sedap sangat! (Tapi ibu cicah sos hehehe).

Resepi Makanan Baby Ringkas & Berkhasiat: Fluffy Egg Rice

Bahan-bahan

  • Nasi – 2 sudu makan
  • Susu formula – 2 scoop (boleh tukar susu full cream kalau tak ada susu formula)
  • Telur – 3 biji (
  • Sedikit bawang putih
  • Sedikit carrot
  • Sedikit bayam Brazil
  • Cream Cheese – 1 sudu makan (kalau tak ada tak payah letak pun tak apa)
  • Unsalted Butter – 1 pek kecil macam dalam gambar tu (setengah saya guna dalam adunan, setengah lagi saya sapu pada acuan)

resepi untuk baby

Cara-cara

Cara nak buat fluffy egg rice ni memang simple sangat.

Ini langkah-langkahnya.

1. Blend

Mula-mula blend kan semua bahan di atas hingga hancur.

resepi untuk baby

2. Masukkan Ke Dalam Acuan

Bila dah blend, masukkan ke dalam acuan yang dah disapu dengan sedikit unsalted butter.

3. Kukus

Kemudian kukus adunan tu dalam lebih kurang 20 minit.

resepi untuk baby

4. Siap!

Lepas 20 minit bolehlah makan.

Saya terlebih kukus tadi tu yang atasnya tak berapa cantik. Tengah leka sidai kain. Hehe.

Buka-buka tutup periuk dah berbau harum semerbak!

resepi untuk baby

Boleh Juga Frozenkan & Goreng Macam Nugget

Resepi untuk baby ni memang simple tapi sangat sedap dan boleh tarik selera baby tau.

Lagipun ia dah lengkap dengan Karbohidrat + Protein + Vitamin.

Baby boleh makan macam tu je sebab ianya lembut. Baby yang tak ada gigi pun boleh kunyah guna gusi sebelum telan.

Kalau ibu-ibu nak buat stok finger food, boleh frozenkan dan lepas tu goreng balik. Nanti dia jadi macam nugget. Sedap, sihat dan insha Allah berselera anak nak makan nanti.

[Baca juga : Resepi ‘Chewy Cheese Spinach’ Yang Akan Buat Anak Anda Sukakan Sayur]

Selamat mencuba!

*Resepi untuk baby : Fluffy Egg Rice ini dikongsikan oleh Nur Azlin Ali Alwi menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan resepi sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×